innity

pages

Thursday, August 4, 2016

UMNO Terengganu SEDIA hadapi Pilihanraya Negeri, YAKIN Menang

Ahmad Razif (tiga, kiri) merasmikan Hari Koperasi Negara 2016 Perinkat Negeri Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini, hari ini.
KUALA TERENGGANU - Umno Terengganu bukan sahaja bersedia menghadapi kemungkinan berlaku PRN malah berkeyakinan penuh kemelut politik yang sedang melanda negeri itu tidak akan mempengaruhi kemenangan mereka dalam pilihan raya tersebut.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, kemelut yang berlaku sekarang diumpamakan seperti 'ribut' dalam cawan dan ia tidak akan mempengaruhi kemenangan Umno dan BN dalam sebarang pilihan raya.

"Kita akan meneruskan kemenangan Umno dan BN sebagaimana yang dicapai dalam dua pilihan raya iaitu PRN Sarawak dan PRK Kuala Kangsar sebelum ini. Inshaa-ALLAH, Umno Terengganu akan bertahan, begitu juga dalam PRU14 akan datang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Koperasi Negara 2016 Perinkat Negeri Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Ahmad Razif bagaimanapun berkata, pihaknya sebolehnya berharap agar hanya satu pilihan raya diadakan kerana akan menelan perbelanjaan yang banyak dan akan merugikan kerajaan serta rakyat.

"Bayangkan, kita terpaksa adakan dua pilihan raya iaitu satu di peringkat negeri dan satu di peringkat parlimen, ia bukan menelan belanja yang sedikit, bila PRU nanti kena buat sekali lagi, kos akan meningkat, ia akan merugikan rakyat dan kerajaan.

"Tetapi, kalaulah keadaan terpaksa, kerajaan negeri telah bersiap sedia, Umno Terengganu bersiap sedia. Namun, demi untuk rakyat, kita minta perkara ini dipertahankan sehingga berlaku PRU yang akan diumumkan oleh perdana menteri," katanya.

Dalam pada itu, menjawab berhubung dakwaan bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said berkenaan isu telaga minyak Blok PM 307 Bertam yang didakwa telah diserahkan kepada kerajaan Pahang, Ahmad Razif berkata ia tidak pernah berlaku.

"Tiada isu telaga minyak kerana ia bukan hak kerajaan negeri, ia hak persekutuan, sebab itu, kalaupun dapat hasil, kita hanya dapat lima peratus sahaja (hasil minyak), kalau hak kita sudah tentu kita dapat 100 peratus.

"Bertam sekarang kepunyaan Petronas, jadi kita tiada hak. Cuma, saya telah membuat permohonan rasmi kepada perdana menteri untuk buat pertimbangan agar digunakan balik asas kepada komitmen yang dibuat sebelum ini, saya telah memohon tetapi belum lagi dapat keputusan daripada beliau," katanya.

Tegasnya lagi, tiada berlaku sebarang penyerahan kepada kerajaan Pahang atau isu cagaran sebagaimana dakwaan sesetengah pihak.

"Telaga minyak bukan hak kerajaan negeri, ia tiada kena mengena dengan kerajaan negeri, ada isu cakap kita cagar telaga minya, buat apa nak cagar kerana ia bukan milik kita, ia bukan milik Terengganu.

"Mengikut ketetapan yang dibuat sebelum ini dan kita sendiri telah tubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan saya sendiri dan dianggotai oleh beberapa pihak termasuk wakil daripada Jabatan Pemetaan, kita ingin lihat balik, kaji balik dari segi peraturan, dan proses ini bukan satu proses yang cepat boleh diambil keputusan," katanya.

Katanya lagi, tiada sebarang hasil dari Bertam diagihkan kepada mana-mana negeri dan ia adalah hasil negara.

"Saya difahamkan hasil daripada bertam ini tidak diagihkan di mana-mana negeri ini adalah hasil negara, bagaimanapun, tetapi beri masa kepada saya. Permohonan kita adalah cara yang terbaik, bukan minta dengan cara kekerasan, beri peluang kepada saya kerana kita masih dalam perundingan dan doakan agar ia dipermudahkan.

"Dalam hal ini, tiada berlaku tandatangan, tiada de surat menyurat, yang kita sedia ada pun bukan diisytiharkan milik Terengganu kerana telah melebihi tiga batu nautika, itu sudah jadi milik persekutuan," tegasnya. - SH

3 comments:

  1. Sombong bodoh razif ni

    ReplyDelete
  2. Kena buat kenyataan yakin menang walaupun pada hakikatnya tidak begitu...mana ada orang yg mengaku kalah sebelum bertarung

    ReplyDelete
  3. Tak cerdik rupanya Razif ni !!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com