innity

pages

Monday, August 22, 2016

[UMNO PASTI KECEWA] PKR Sedia Berunding Agihan Kerusi Dengan BERSATU


PKR akan mengadakan perbincangan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengenai kerusi yang akan ditandingi pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 nanti, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut Timbalan Presiden PKR itu, tiada apa yang menghalang mana-mana pihak daripada membentuk barisan pembangkang di peringkat kebangsaan dan perkara berkaitan agihan kerusi akan ditangani.

"Ini adalah tentang pertimbangan serta perbincangan dan bukannya perebutan kerusi.

"Kenapa ada banyak kebimbangan mengenai Parti Bersatu? Apabila sesuatu kerusi ditubuhkan, ia pasti akan bertanding dalam pilihan raya," katanya kepada media selepas mempengerusikan perhimpunan bulanan kerajaan negeri di sini, Isnin.

Azmin mengulas kenyataan Presiden penaja Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Ahad bahawa parti baru merancang untuk bertanding di beberapa kawasan PAS dan PKR.

Menurut Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri, pihaknya akan berunding dengan kedua-dua parti berkenaan.

Ketika ditanya sama ada PKR bersedia untuk melepaskan kerusi kepada Bersatu, Azmin berkata perkara itu akan dibincangkan sambil menambah bahawa PKR telah melalui proses yang sama apabila ia ditubuhkan pada tahun 1999.

"Kami berbincang dengan DAP, PAS dan beberapa parti politik lain dan dengan persetujuan bersama, kami berjaya mendapatkan beberapa kerusi.

6 comments:

  1. Parti Bersatu sepatutnya jadi parti independent dan jgn masuk geng pkr dan nescaya ramai rakyat yg akan mengundi Bersatu. Kami tk nk pangkah cina dan India kapir sbg YB di tmpt kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah la chai, tak jalan taktik pecah belah, ingat pembangkang bodoh macam prk sg besar dan k.kangsar?

      Delete
  2. Yg penting umno perlu ditalkinkan dan ditumpaskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAWE DOK SERO BERSATU DULU HOK YENG KENO TALKIN.UMNO SIKIT PUN TAK HERAN.

      Delete
  3. Belum tentu lg boleh bekerjasama sesama pembangkang, jgn nanti indah khabar dari rupa. Sejarah telah membuktikan baru lalu dua pru kecil kuala kangsar dan sg besar. Apa jadi?.. klu ikut pembangkang mereka dah sedia dan akan menang..tp apa jadi sebaliknya?..kan kalah..cerita pembangkang boleh dengar tp tak boleh percaya dan jgn lah percaya. Tumpukan perhatian dan tingkatkan kepercayaan kpd bn parti pemerintah skrg untuk terus berkuasa pada pru 14 nanti.

    ReplyDelete
  4. "Tumpukan perhatian dan tingkatkan kepercayaan kpd bn parti pemerintah skrg untuk terus berkuasa pada pru 14 nanti."

    Dah gilo ko apo ko?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com