innity

pages

Friday, August 5, 2016

Tunjukkan negara di dunia ini MEMBERI Kaum Minoriti Segala-galanya





TUNJUKKAN SEBUAH NEGARA YANG BERI LEBIH BANYAK HAK KEPADA KAUM MINORITI

Semenanjung Tanah Melayu telah dijajah daripada orang Melayu. Yang menentangnya, baik Dato Bahaman, Dato Sagor, Dato Maharaja Lela, Dol Said, Tok Janggut atau Rusli Dhobi, adalah orang Melayu.

Yang menentang Malayan Union adalah orang Melayu. 
Yang berkorban nyawa menentang pengganas Komunis semasa darurat adalah orang Melayu. 

Yang menuntut kemerdekaan adalah orang Melayu.


Orang bukan Melayu menyertai gerakan menuntut kemerdekaan apabila mereka melihat ia akan menjadi kenyataan untuk menjaga kepentingan mereka. Pada masa itu pun tujuan mereka sudah berlainan.

Logiknya, Semenanjung Tanah Melayu yang dijajah daripada orang Melayu hendaklah dipulangkan kepada orang Melayu. Tetapi tidak, orang Melayu diminta berkongsi kuasa yang akan diserah balik oleh penjajah British.

Pada masa itu pun orang Melayu telah diminta mengorbankan hak mereka “untuk menjaga perpaduan”. Orang Melayu bersetuju, sehinggakan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1955, untuk memberi lebih banyak representasi kepada orang bukan Melayu, kawasan-kawasan majoriti Melayu diberikan kepada calon-calon bukan Melayu untuk bertanding.

Tunjukkan sebuah negara yang bukan sahaja membenarkan sekolah-sekolah vernakular diadakan, malah membiayainya.

Pernahkah terfikir oleh mereka bagaimana mudahnya mereka membina rumah-rumah ibadat mereka di Malaysia, termasuk di atas tanah Kerajaan tanpa sebarang tindakan, diberi bantuan kewangan dan tanah gantian apabila dikehendaki pindah?

Bandingkan dengan halangan yang di hadapi oleh orang Islam untuk membuat sebuah masjid di Eropah atau Amerika Syarikat.

Mereka mahu lebih. Itu sahaja sebabnya. Dan mereka menuduh orang Melayu “tamak” kerana hendak mencapai 30% ekonomi negara! Bagaimana dengan mereka yang sudah mempunyai 80% tetapi mahu lebih?

Jika kaum minoriti hendak ‘complain’ mengenai kebebasan mereka, tunjukkan sebuah negara yang memberi lebih banyak hak kepada kaum minoriti?

Mereka mahu lebih dan mereka menuduh orang Melayu “tamak” kerana hendak mencapai 30% ekonomi negara!

Bagaimana dengan mereka yang sudah mempunyai 80% tetapi mahu lebih?

Mantan Ketua Hakim Negara


Mereka mahu sekolah Cina menggantikan sekolah kebangsaan pula?

1 comment:

  1. Sseeloknya sesiapa yg cuba mempertikaikan ketuanan Melayu harus diberi penampar supaya mereka ini sedar akan diri masing2..jgn nak tunjuk lagak.kami org Melayu hanya diam memerhatikan tindak tanduk anda..pendatang2 asing ni patut bersyukur dan perlu duduk diam2 jg kaum masing2..
    kalau tak suka cara Melayu,bencikan org melayu sila berambus dan pergi balik ke negeri perkauman anda..disana semua kaum anda adalah dari darah anda sendiri..
    Jgn mempertikai kami org Melayu pendatang dari indon sbb tanah Melayu ini adalah salah satu kepulauan Melayu NUSANTARA..kalau tak paham sejarah sila 'search' di google..
    Nenek moyang kami dah memperjuangkan tanah Melayu ini dari cengkaman penjajah,byk nyawa anak bangsa kami terkorban dan apa jasa kamu (kaum2 lain) ni pd tanah Melayu dlm menentang penjajah..?
    Jadi tolong hormat sikit bangsa kami..kami bercampur dgn kaum anda tanpa mewujudkan permusuhan,anda bebas menjalankan kehidupan,agama dan perniagaan anda sehingga jd kaya raya..jadi anda semua mahu lebih lagi..?jgn lebih2 ya..jgn melampaui batas..
    Org2 Melayu harus sedar perkara ini..jgn mudah menyerahkan hak sendiri kpd org..kita ada adat dan budaya..agama yg tertinggi sekali dijunjung..kpd ILAHI kita berserah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com