innity

pages

Tuesday, August 2, 2016

Tuduh Najib ‘MO1’, Tony Pua disiasat SKMM


CYBERJAYA, Isnin – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memanggil Pengerusi DAP Selangor Tony Pua untuk disoal siasat susulan tuduhan Menteri, Datuk Seri Najib Razak ialah ‘Malaysia Official One’.
Katanya, SKMM memanggilnya kerana suruhanjaya itu menerima lima aduan daripada orang ramai berhubung dua statusnya yang dimuat naik ke Facebook.
“Yang pertama anda boleh semak di Facebook bertarikh 21 Julai. Saya menyebut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) menuduh Datuk Seri Najib Razak mencuri wang berbilion ringgit.
“Pada hari sama, saya juga menyebut ‘Malaysian Official One’ adalah 100% Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” katanya di Ibu Pejabat SKMM selepas disoal siasat selama sejam
Pua juga mengakui bahawa dia sendiri yang memuat naik status Facebook itu.
Pua memberitahu bahawa dia disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 233 iaitu penggunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang tidak wajar.
“Dalam keterangan kepada SKMM saya beritahu semua komen saya berdasarkan terutamanya dokumen saman DoJ.
“Saya tidak akan menurunkan status itu. Saya akan meneruskan kerja saya sebagai ahli Parlimen untuk meminta kerajaan bersikap telus dalam isu 1MDB.
“Bahkan, saya akan meneruskan perjuangan agar mereka yang bersalah dalam isu 1MDB dikenakan tindakan,” katanya.
Dalam soal siasat itu, Tony turut ditemani peguamnya Gobind Singh Deo.
“Kita tidak ada maklumat sama ada Tony akan dipanggil lagi atau tidak. SKMM juga seharusnya fokus kepada isu lain yang sekarang ini makin menekan rakyat kerana ia juga memberikan impak kepada ekonomi negara,” kata Gobind. -ismaweb

4 comments:

  1. Cepat bantahan rakyat

    Lepas ni skmm tutup semua media

    ReplyDelete
  2. Ketelusan dan keikhlasan pemimpin ....nil
    Rakyat pemimpin front line selalunya buat drama...
    Rakyat yg akur ...ikut je...
    Sendiri merana...sendiri punah..tak terasa pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada punah pun..negara aman saja

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com