innity

pages

Monday, August 8, 2016

Tarian gelek: Anak gadis dinasihat jauhi puteri Umno


KOTA BHARU: Biar pun Umno Kelantan cuba menutup rapat isu tarian gelek pada mesyuarat perwakilan Pergerakan Puteri Umno Kota Bharu baru-baru ini, namun ia tetap menerima cemuhan rakyat Kelantan.

Belum pun mempunyai kuasa di peringkat negeri, namun Puteri Umno mempamerkan aksi memalukan dengan mempersembahkan tarian gelek di hadapan lelaki bersongkok.

Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Mohd Ashaari Mamat berkata gelagat Puteri Umno jelas melanggar peraturan di bawah Enakmen Kawalan Hiburan 1998.

Katanya tidak memadai sekadar memohon maaf kerana mereka secara jelas melanggar peraturan ditetapkan kerajaan negeri.

“Biar pun ada pemimpin Umno cuba menggambarkan Puteri Umno Kota Bharu berjiwa besar kerana memohon maaf secara terbuka, namun ia mencuci dosa dilakukan begitu sahaja.

“Ketika kerajaan berusaha keras membendung gejala sosial, tiba-tiba Puteri Umno mahu menyuburkan gejala tidak sihat di khalayak ramai,” katanya.

Ketua Penerangan Puteri Umno Kelantan Marshela Ali semalam dilapor meminta isu tarian dalam majlis perasmian mesyuarat perwakilan Puteri Umno Kota Bharu tidak dipanjangkan kerana pihak pengajur memohon maaf secara terbuka.

Seorang netizen media sosial menasihat ibu bapa menjauhkan anak-anak gadis mereka daripada Puteri Umno  kerana sudah terbukti banyak tindak tanduk ke arah menyubur gejala tidak sihat.   – HARAKAHDAILY 8/8/2016

2 comments:

  1. Ini ke arah wasatiah ?
    Gelek sederhana jer salah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasatahiyah x wasathiyah,yg salah tetap salah.gelek sederhana ke,gelek lebih ke,gelek sikit ke dah memang salah sebab adanya kehadiran lelaki kat situ...penganjur dia pun ngaku apa yang dia anjurkan tu salah dan mohon maaf..nak berpolitik buat cara berpolitik..nak buat majlis mesyuarat perwakilan, buat cara nak bermesyuarat..buat sesuatu biarlah kena pada tempat dan waktunya..nak menari, nak bergelek, pegi kelab dangdut..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com