innity

pages

Tuesday, August 30, 2016

[TANGKAP DATUK SERI, TAN SRI] Tapi Apa sudah jadi status laporan terhadap 1MDB dan Najib?'


Tindakan demi tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhir-akhir ini, daripada tangkapan individu bergelar Datuk Seri kepada Tan Sri, tidak memuaskan hati semua pihak.

Bagi bekas pemimpin akar umbi Umno Khairuddin Abu Hassan, suruhanjaya itu hanya “jaguh” untuk kes-kes kecil tetapi tidak berani menyentuh pemimpin utama negara Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, selagi SPRM tidak bertindak terhadap Najib Razak yang membabitkan sejumlah duit yang amat besar masuk ke dalam akaun peribadinya; selagi itulah kredibiliti SPRM akan tercalar.

Beliau membangkitkan laporannya pada SPRM berkaitan dakwaan berbilion-bilion wang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri. 

Sementara itu, beliau juga membangkitkan dakwaan terbaru Muhyiddin bahawa hampir RM1 bilion telah berada dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebelum kemasukan RM2.6 bilion dilapor secara meluas.


8 comments:

  1. Kenapa TSMY baru nak beritau?..lama dah duduk dlm umno dan kerajaan. Bila jawatan dan keluar umno baru nsk menyalak. Masa duduk dlm kjaan dulu senyap sunyi..kenapa dah kena buang barulah nak tunjuk itu ini tak betul. Masa dlm kjaan mcm kena tarik telinga..ikut jer..sama jer orang politik ni..cari makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang gua musang dahnlama tau..engkau nibbaru keluar gua mana pulak?sbb dia bising dgn najip la dia kena pecat tpm kena pecat dr umno.lain kali dok dlm gua jgn lama sgt.

      Delete
  2. Duit src 42 juta dah pulangkan balik ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro 6:57 pm.
      Tlg jawab duit src 42 juta dah pulangkan balik ?

      Delete
  3. Bila dah byk tanya lah, TSMY kena buang. Apa pulak nk fitnah kata masa TSMY dlm UMNO, dia diam. Satu Malaysia dah tahu hal sebenar sbb dia kena buang. Mula2 buang dari hadi TPM, pastu pecat dari UMNO. Hai, ko nk bodek PM pun bajet2 la... Jgn nk menipu pulak.

    ReplyDelete
  4. MACAIS DAN BALACIS PENDEDAK NI BUKAK MULUT JER BAU LONGKANG.

    ReplyDelete
  5. Dr yg kecik nanti akan dpt yg besar..kalau tangkap yg besar dulu nanti yg kecik dilupakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang besar sekali ialah MO1. Bila SPRM tangkap MO1, baru percaya SPRM menunaikan amanah ugama dan negara.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com