innity

pages

Saturday, August 20, 2016

[SYARAT NAWAWI MINTA MAAF HANYA JIKA AGONG MINTA] PERKASA: Syarat ini meletakkan Agong dalam Serba Salah


Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris mahu Anggota Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad memohon ampun secara ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong tanpa banyak soal dan tidak mengeruhkan lagi keadaan.
Dalam kenyataannya hari ini, Irwan Fahmi berkata, syarat Nawawi dilihat akan membuatkan atau meletakkan kedudukan Yang Dipertuan Agong dalam keadaan serba salah.
"Jika Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong mengarahkannya berbuat demikian, apa pandangan rakyat terhadap Seri Paduka Baginda atau institusi Agong itu sendiri.
"Bagaimana Yang Di Pertuan Agong hendak mengarahkannya sebab Nawawi sendiri kata dia tidak bersalah. Pada pandangan umum, eloklah sekiranya Nawawi tidak mengeruhkan dan mengelirukan lagi keadaan berkaitan isu ini," jelasnya.
Laporan Sinar Harian memetik Nawawi sebagai berkata, beliau hanya akan memohon keampunan atas perintah Agong dan hanya kepada Sultan Kedah itu.
Nawawi merujuk kepada tanggapan umum bahawa beliau 'menamakan' Yang diPertuan Agong sebagai 'Malaysian Official 1' (MO1) dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, Nawawi berharap beliau tidak perlu berbuat demikian.
"Kalau nak mohon maaf, saya mestilah bersalah. Tapi dalam kes ini saya tidak bersalah, saya nak mohon maaf buat apa.
"Tapi kalau kepada Tuanku, saya salah atau tidak tapi kalau dipanggil, saya menghadap dan memohon maaf. Kerana Tuanku saya letakkan nombor satu.
"Tapi saya harap perkara itu tidak berlaku," ujar beliau lagi.
Sementara itu, bekas ahli Wanita Umno, Anina Saadudin memberitahu Nawawi bahawa orang yang jujur dan tinggi pekerti tidak akan menunggu untuk diminta memohon maaf, baru hendak berbuat demikian.
"Orang yang jujur dan tinggi pekerti tidak akan menungggu untuk diminta memohon maaf, baru nak minta maaf. Itu suatu kebongkakkan.
"Dia perlu sedar bahawa dia meletakkan Agong di tempat MO1 yang dikaitkan sebagai orang yang terlibat dalam jenayah kewangan terbesar di dunia," kata Anina kepada Malaysiakini.
Mengulas lanjut, Irwan Fahmi menambah, semua pihak tahu serta membaca apa yang ditulis oleh Nawawi dan setelah ia menjadi isu, barulah beliau cuba memperbetulkan ayat untuk menutup keterlanjurannya mengenai siapa MO1.
"Polis harus menyiasat dan rakyat atau pembaca yang sempat membacanya apa yg ditulis sebelum diperbaiki sudah tahu kebenarannya.
"Jadi tidak payahlah mahu memperbodohkan minda orang ramai yg sudah cerdik," tambahnya.
Dalam kenyataan itu, Irwan Fahmi turut menyelitkan serangkap pantun :
Elok bunga jalin menjalin,
Jalinan indah bagai dikarang,
Elok bangsa karena pemimpin,
Pemimpin yang baik ditaati orang

1 comment:

  1. Mesti bagi syarat. Orang umno ni. Tak tau lg ke ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com