innity

pages

Thursday, August 4, 2016

Sultan Johor: Tak hadir Hari Hol, ‘Dato’ ditarik balik

MERSING: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran untuk menarik balik darjah kebesaran Dato’ yang dikurniakan ayahanda baginda, sekiranya individu yang menerima gelaran itu gagal menghadiri Hari Hol, setiap tahun.
Baginda bertitah amaran itu dikeluarkan berikutan terdapat segelintir daripada penerima darjah tersebut tidak menghadiri Hari Hol sebelum ini, biarpun ia diisytiharkan cuti umum di Johor sebagai memperingati kemangkatan Sultan Iskandar.
Baginda bertitah ketidakhadiran sesetengah penerima darjah itu melambangkan mereka tidak sanggup berkorban masa untuk memperingati ayahanda baginda dan tidak berminat untuk terus menjunjung kurniaan darjah tersebut.
Oleh itu, baginda bertitah adalah lebih baik jika darjah yang diterima dikorban atau dipulangkan secara hormat sebagaimana mereka menerimanya dahulu.
“Jika tidak, saya akan mengumumkan nama-nama penerima yang darjahnya ditarik balik, tidak kira sama ada penerima itu seorang menteri, jeneral atau bekas jeneral.
“Tindakan akan diambil kepada semua penerima yang gagal hadir,” titah baginda bersempena Hari Ulang Tahun Ke-51 Rejimen Gerak Khas di Kem Iskandar di sini hari ini.
Turut berangkat hadir pada majlis itu ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Tunku Temenggong Johor Tunku Idris; Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.
Hari Hol yang disambut pada 6 Safar setiap tahun kebiasaannya meliputi majlis tahlil dan istiadat ziarah makam Almarhum Sultan Iskandar. - FMT

1 comment:

  1. Bagus juga tegas macham ini..apa pon tuanku kena check betul2 latar belakang mungkin ada uzor sharie. .sebab kalau tarik tak check itu zalim dan Allah boleh hapuskan terus keturunan tuanku dari negeri Johor nnt...kalau buat adil itu bagus lah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com