innity

pages

Saturday, August 20, 2016

[SUDAH MASA DIKUBURKAN] UMNO Tidak Mampu PERTAHANKAN Agong, Institu Raja


“Umno perlu dikebumikan jika tidak mampu mempertahankan institusi raja tetapi lebih mementingkan usaha mempertahankan presidennya,” demikian kata Presiden Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, lebih mengecewakan apabila tiada tindakan dikenakan terhadap Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad kerana menghina Yang di-Pertuan Agong.

“Adalah jelik melihat ahli akar umbi Umno tidak mampu memperbetulkan Majlis Tertinggi dan kepimpinan tertinggi. Hanya kerana yang dibela tidak dapat dibela, Nawawi mengheret dan melumurkan kesucian institusi raja-raja Melayu dengan rasuah berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Begitu sekali wakil rakyat Umno sedia tunduk dalam mempertahankan presiden parti. Bagaimana ini boleh berlaku kepada parti keramat orang Melayu ini?,” soal Muhyiddin menerusi Facebook rasminya.

Beliau berkata, Umno tidak lagi dapat diselamatkan sekiranya kelakuan pemimpinnya dijadikan ukuran.

 “Umno tidak mungkin diselamatkan jika parti itu tidak mampu menyingkirkan pemimpin yang  rasuah.

“Laporan polis telah dibuat berhubung fitnah itu oleh Jawatankuasa Penaja Bersatu, Anina Saadudin. Terpulang kepada polis untuk mengambil tindakan,” katanya.

Muhyiddin turut menggesa Jabatan Peguam Negara menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma terhadap Nawawi.

“Pejabat Peguam Negara pernah dan sedang mendakwa penulis blog, kartunis, peguam dan pemimpin pembangkang kerana menghasut di bawah Sosma (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. Gunakan akta sama terhadap Ahli Parlimen Langkawi.

“Peguam Negara mesti menunjukkan semangat sama dalam mempertahankan dan melindungi institusi ini sama seperti dilakukan dalam membersihkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung skandal 1MDB,” katanya.

Muhyiddin berkata, beliau telah dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno kerana menimbulkan isu berkaitan skandal tersebut.

“Semua ini kerana mahu Umno dan kerajaan bersikap telus mengenai perkara ini.

Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat kemudiannya, membuat tuduhan setebal 136 muka surat terhadap penyelewengan dana 1MDB. Dokumen mahkamah menunjukkan tanpa keraguan bahawa firma dana pelaburan negara itu diarah oleh seorang pegawai kerajaan yang korup dan dirujuk sebagai Malaysian Official 1,” katanya.

Beliau turut mendakwa, amat malang bagi rakyat menyaksikan institusi-institusi kerajaan bertanggungjawab memantau, menyelia dan menyiasat dilumpuhkan.

Adalah sesuatu yang memalukan bagi orang Melayu beragama Islam bahawa tidak ada mufti negeri dan ulama kerajaan yang berani mengulas mengenai skandal ini walaupun Islam menuntut amar maaruf nahi munkar,” katanya. - SH

5 comments:

  1. Pepatah orang melayu ada mengatakan "SEBAB PULUT SANTAN BINASA SEBAB MULUT BADAN BINASA".
    Adakah amalan umno memilih2 santan ?
    Apakah demi kerana mu mo1 nawawi yg pernah kata duit kerajaan bukan duit rakyat ini akan terlepas ?
    Apakah nawawi dapat duduk di kerusi mad bashah yg gagal srp ?

    ReplyDelete
  2. Tambah memalukan orang melayu ada yg bermulut longkang mcm nawawi ni. Adek beradik dgn namawi ?

    ReplyDelete
  3. Polis ada brani kaa ambik tindakan kpd geng najib ketua perompak 1MDB?

    ReplyDelete
  4. Mungkin polis dan ag dah kena jentik telur. Tarak berani. Kalu org biasa, dah lama kena terajang pintu rumah. Maaf la marah sangat dengan tindakan lambat

    ReplyDelete
  5. 2 x 5 je korang... bila puak2 kafir DAP PKR RBA menghina islam dan raja2, apa yg melayu2 penyokong pembangkang buat??? diam juga kan??? sbb dah jentik telur la tu... atau dah diberi makan najis puak2 kafir DAP PKR RBA...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com