innity

pages

Friday, August 19, 2016

SPRM siasat MP Umno berhubung pembelian unit amanah


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil seorang ahli parlimen Umno untuk disoal siasat.
Sumber mendakwa siasatan adalah berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam sebuah agensi persekutuan yang diterajui oleh ahli politik veteran itu.
Malaysiakini difahamkan bahawa kenyataan isterinya, seorang bekas pelakon, dirakamkan akhir bulan lalu berkaitan dengan kes berkenaan.
Siasatan dikatakan berpunca daripada dana agensi itu yang kononnya digunakan untuk membeli unit amanah.
Menurut sumber, siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sama ada terdapat sebarang sogokan dalam urus-niaga itu.
"Ahli Parlimen itu akan dipanggil untuk disoal siasat dan bukannya untuk ditahan," kata satu sumber. - MK

2 comments:

  1. Siapakah agaknya 'MP' itu?Cuba teka..

    ReplyDelete
  2. Siasat Penyelewengan Rakyat Makaysia
    KERIS

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com