innity

pages

Saturday, August 20, 2016

(SOMBONG, SAMSENGNYA) Saya akan pohon keampunan Agong, hanya jika dipinta - Nawawi


Anggota Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad hanya akan memohon keampunan atas perintah Agong dan hanya kepada Sultan Kedah itu, memetik laporan Sinar Harian.
Nawawi merujuk kepada tanggapan umum bahawa beliau 'menamakan' Yang diPertuan Agong sebagai 'Malaysian Official 1' (MO1) dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, Nawawi berharap beliau tidak perlu berbuat demikian.
"Kalau nak mohon maaf, saya mestilah bersalah. Tapi dalam kes ini saya tidak bersalah, saya nak mohon maaf buat apa.
"Tapi kalau kepada Tuanku, saya salah atau tidak tapi kalau dipanggil, saya menghadap dan memohon maaf. Kerana Tuanku saya letakkan nombor satu.
"Tapi saya harap perkara itu tidak berlaku," ujar beliau lagi.
Nawawi berkata demikian sebagai mengulas desakan pembangkang agar beliau memohon maaf atas dakwaan kenyataan beliau itu yang mengaitkan Agong dengan salam DOJ ke atas 1MDB.
Menurut laporan itu lagi, apabila ditanya sama ada beliau menerima sebarang surat daripada Pejabat Sultan Kedah untuk diberikan penjelasan mengenai perkara itu, Nawawi mengesahkan belum menerimanya.
"Tak ada... saya ingat pihak Istana pun tidak salah faham tentang kenyataan saya. Sekiranya ada, saya sanggup untuk memohon ampun daripada Tuanku kerana saya tidak berniat untuk memaksudkan Tuanku dalam sistem DOJ ini.
"Saya hanya memperincikan Perlembagaan itu wujud sejak 1957," tambahnya.
Pada Rabu yang lalu, misteri mengenai siapa individu yang dirujuk sebagai MO1yang dinamakan dalam saman DOJ Amerika berkaitan dana 1MDB menjadi semakin kalut dengan kenyataan Nawawi.
Dalam tulisan di Facebook, yang disunting empat jam kemudian, Nawawi berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab terhadap kerajaan.
"Menurut perlembagaan negara, kerajaan negara ini dibentuk dari tiga entiti utama yang berasingan dan independen (bebas) - badan kehakiman diketuai oleh Ketua Hakim Negara, badan perundangan parlimen oleh Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin (Mulia) dan badan ekskutif (yang) diketuai oleh perdana menteri.
"Semua ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab kepada Agong.
"Maka, mengikut perlembagaan, MO1 ialah Agong," kata Nawawi lagi.

8 comments:

  1. Mak ai. Sombongnya wakil rakyat langkawi

    ReplyDelete
  2. Baru kali pertana dengar dlm adat dan adap orang melayu mintak maap bila dimintak.

    ReplyDelete
  3. Ini yg dikatakan sindrom penafian kumpulan penyamun ?

    ReplyDelete
  4. #MintaMaafHanyaJikaDiminta -ajaran sesat ke ni

    ReplyDelete
  5. MINTA MAAF HANYA JIKA DIMINTA??????????ADE KE BUDAYA MACAM NI

    ReplyDelete
  6. NAWI .......

    Dia bukan nawi
    Dia bukan MP
    Dia bukan waras
    Dia balaci pok jib
    Dia macai umnor
    Dia dedak bn
    Dia dah mereng
    Dia dah nyayuk
    Dia dah uzur
    Dia dah jangkit
    Dia dah .........gila meroyan

    ReplyDelete
  7. JGN SOMBONG......PRU14 MENUNGGU KAMU......

    ReplyDelete
  8. SOMBONG YANG TAK KEMANA......HADAPI SEMUA PADA PRU14

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com