innity

pages

Tuesday, August 2, 2016

[SOMBONG] Rahman Dahlan: Umno Sabah ada SETENGAH JUTA AHLI, apalah sangat 1,500 keluar

Tindakan 1,500 ahli Umno Sabah keluar parti mengikut jejak bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal, diperkecilkan Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) itu bagaimanapun mempersoalkan sumber Shafie itu dalam mendakwa jumlah berkenaan, memandangkan pemimpin itu sudah keluar dari Umno.
Katanya, Umno bahagian Semporna yang pernah dipimpin Shafie masih utuh di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Lagi pun ahli Umno di Sabah melebihi setengah juta. Kekuatan ini tidak akan terjejas,” kata Rahman kepada FMT hari ini.
Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata Umno Sabah akan melipat gandakan usaha memberi penerangan mengapa Majlis Tertinggi Umno bertindak menggantung keanggotaan Shafie.
“Umno Sabah akan melipat gandakan usaha memberi penerangan kepada ahli Umno Sabah mengenai kes penggantungan Shafie. Ia supaya mereka faham kenapa Majlis Tertinggi Umno terpaksa mengambil keputusan itu,” katanya lagi.
Shafie semalam berkata tindakan ahli parti keluar beramai-ramai menunjukkan akar umbi Umno Sabah tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan pusat dan pemimpin negeri.
Bekas menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu menjangkakan lebih ramai ahli Umno keluar daripada parti, menyatakan rakyat tidak akan “mati” tanpa BN.
Shafie menyeru rakyat Sabah supaya berani menukar kepimpinan kerajaan negeri sedia ada.
Shafie mengumumkan keluar parti pada 4 Julai lalu, selepas digantung keahlian oleh Majlis Tertinggi Umno pada 24 Jun lalu.
Umno turut memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas dituduh berkongsi pentas bersama pemimpin pembangkang menyerang kepimpinan parti. - FMT

12 comments:

  1. Sikit sikit lama lama menjadi sakit. UMNO Sabah sedang sakit. Bumi dan bukit luas nanti akan jadi sempit. PRU dan 1MDB buatkan UMNO tercirit birit.

    ReplyDelete
  2. betul ke 1/2 juta tu? ahli UMNO ada 3 juta..maknanya kat semenanjung ada 2.5 juta je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good pick up bro. UMNO dah lah jadi bangsat, masih nak putar-temberang orang melayu muslim dan bumiputera!

      Delete
  3. Rahman dahan ni nak sedap duduk ampu bodek kipas najib
    Duit banyak tabur dah ke rakyat sabah la tu..

    Takut umno dah ni

    Hancur umno sabah
    Hancur umno semenanjung

    ReplyDelete
  4. Dia ni dari dulu bukan sombong.
    Dia ni Riak. Takbur.

    ReplyDelete

  5. KUALA TERENGGANU - Seorang tukang sapu tidak tahu gambar kanak-kanak perempuan yang sedang tidur keletihan atas troli sampah yang tersebar dalam Facebook, adalah anaknya sendiri.

    Fazilah Mohamad, 30, berkata, dia terpaksa membawa anak tunggalnya itu bersama-sama ketika itu memandangkan tiada siapa dapat menjaganya.

    Tengokla mangsa gst

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mangsa GST

      Mangsa 1MDB

      Mangsa Lanun Bugis

      Delete
    2. Itu bukan mangsa gst..komuniti ditempat tersebut tidak ambil peduli..sapa ketua komuniti disitu..ketua kg..penghulu..pegawai daerah..yb..klu tak ada gst pun dulu-dulu dah bnyak kes mcm ni..ketentuan Tuhan belaka tu

      Delete
    3. JANGAN SALAHKAN GST,SALAHKAN DIRI SENDIRI DULU ORANG GI SEKOLAH AWAK GI MAIN LASTIK BURUNG KAT SEMAK TEPI SUNGAI.DAH TUA TERPAKSA LER TANGONG SENDIRI.

      Delete
  6. apalah sangat 1500 org....tapi bergegar jg telur kau..
    itu yg nampak..yg senyap kau tahu?

    ReplyDelete
  7. Rahman bangang ni akan jadi antara yg pertama duduk Sg Buloh bila kerajaan baru perintah. Kalau tak, sesialah kalahkan BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kjaan baru..bayang pun tak nampak lg...angan bolehlah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com