innity

pages

Sunday, August 7, 2016

[SOKONG PENENTANG BAHASA KEBANGSAAN] Menteri JPM, Rahman Dahlan TAK FAHAM PERLEMBAGAAN


Najib dan menteri-menterinya tak boleh pakai belaka.
Tak nampak visi apa yg nak ditegakkan dan ditegaskan dalam pembentukan identiti nasional. Semua penggubal undang-undang dan pemandu negara, tapi seolah-olah tak faham apa yg ada dalam Perlembagaan dan sejarah pembentukannya.
Dah sah-sah dalam Perlembagaan ada Bahasa Kebangsaan, tindakan FINAS dan PFM adalah tepat dan selari dengan Perlembagaan. Apatah lagi filem-filem yg kecoh tu bukan la tak dicalonkan langsung, lain kategori ja. Asal kecoh sangat, ada di udang di sabil filem ka? Takut kalah ke apa?
Sebagai menteri, patutnya sokong usaha agensi kerajaan nak martabatkan Bahasa Kebangsaan, menegakkan roh Perlembagaan. Sekali kena tikam belakang.
Mungkin Afdlin Shauki, Harith Iskander boleh belajar dari orang lama Datuk Yusof Haslam tentang identiti kebangsaan.
Mungkin juga Datuk Yusof yg lebih jelas tentang identiti nasional boleh ganti MP Kota Belud jadi menteri.
Memalukan. Amat memalukan. - Abu Hanzalah

Festival filem, bahasa kebangsaan dan asakan multiculturalism

1. Festival Filem Malaysia (FFM) tahun 1999 membawa tema "Mengangkat Maruah Bangsa Melalui Filem". FFM tahun 1997 bertemakan “Filem Merealisasikan Tamadun Bangsa”. Dalam suasana sosiopolitik masa kini, sudah tentu tema seperti ini dianggap rasis dan tidak inklusif, tidak meraikan "diversity". Inilah yang akan berlaku dalam era "political correctness".

2. Apabila FFM 2016 membezakan filem bahasa kebangsaan dan bukan bahasa kebangsaan, ia bukan bermaksud FFM sudah "dimelayukan", seperti dakwaan Afdlin Shauki. Bukan bermaksud ada diskriminasi, seperti dakwaan Tony Fernandes. Konsep "bangsa" dalam tema FFM 1997 & 1999 serta medium bahasa kebangsaan merujuk kepada identiti Malaysia sebagai negara-bangsa, bukannya merujuk kepada kaum. Hal budaya teras ni dijelaskan dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Bahasa Melayu dalam konteks ini bersifat inklusif, sebagai Bahasa Malaysia.

3. Membezakan kategori bahasa dalam filem bukan bermaksud anti kepelbagaian-etnik. Hakikatnya, bahasa kebangsaan mengikat perpaduan, bukannya mendiskriminasi.

4. FFM sekadar membezakan kategori bahasa. Festival filem di negara lain ada yang membezakan kategori antara mainstream dan etnik minoriti. Festival di Malaysia dalam hal ini lebih akomodatif dan meraikan kepelbagaian.

5. Polemik "diskriminasi" FFM 2016 ini sekadar cerminan ideological struggle yang sedang berlaku, antara gerakan liberal multiculturalism dengan status quo asas-asas kenegaraan.

- Ahmad Farami

7 comments:

  1. Apa gunanya akta bahasa kebangsaan ?
    Bukan sekadar untuk dijadikan ' kosmetik'.
    Apa guna kita ada dewan bahasa dan pustaka ? Cuba selidik asas penubuhannya peranan dan tanggong jawab.

    ReplyDelete
  2. Terlalu ramai yg BANGANG jadi dah tak tahu mana satu yg bodoh! Ikan membusuk dari kepala....

    ReplyDelete
  3. ppsmi madey gila sgt tu menghapuskan dan menghina bahasa melayu dr peringkat akar. bunuh bhasa Melayu hidup2. Apahal kes cmni tuduh Najib pulak.. taulah mkn dedak mamak tp jgn putar belit jauh sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku rujukan science semua dlm bahasa inggeris. Tak penah pergi unuversity ke ?
      Baca science dlm bahasa melayu. PASAL TU ANAJ MELAYU KETINGGALAN. Buta ke ?
      Adakah belajar science dlm b.inggeris menjatuhkan mertabat bahasa melayu ?
      Yg menentang tu memang suka anak melayu ketinggalan subjek science.

      Delete
  4. Menteri yg dlm poket najib semua otak udang dan perut buncit. Akan runtuhkan bangsa kita. Elok lah kita tukar mrk ni. Byk pahala kita dpt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inya Allah pru 14 kalau ada kita tukar.

      Delete
    2. Ingat pahala tu mak bapa kita ker yg punya..senang nak mintak-mintak?...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com