innity

pages

Monday, August 8, 2016

[SOKONG BALIK MB, AHMAD RAZIF] ADUN Ajil, Ghazali Taib BUAT "U-TURN", STRATEGI Ahmad Said Punah?

GHAZALI dikerumuni wartawan selepas menghadiri Mesyuarat ke-2 Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ketiga Belas di Wisma Darul Iman, hari ini. - Foto Rozanah Zakaria
KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib yang mencetuskan kontroversi mempersoalkan kewibawaan Ahmad Razif Abd Rahman sebagai menteri besar, membuat pusingan U.
Ketika ditemui pemberita di luar bilik persidangan Dewan Undangan Negeri, Ghazali berkata tegurannya kepada Ahmad Razif adalah perkara biasa dan nasihat seorang abang kepada adik bagi memantapkan jentera pentadbiran dan UMNO.
"Tiada apa pun sebenarnya yang berlaku. Saya anggap perkara ini biasa sahaja dan ia hanya teguran daripada seorang abang kepada adik untuk saling ingat mengingati," katanya.
Sebaliknya, beliau berkata, kenyataannya sebelum ini disensasikan oleh sesetengah pihak yang mengambil kesempatan untuk memprovokasi dan mencetuskan perbalahan sesama wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
"Kami bekerja seperti biasa sebagai satu pasukan dan kepemimpinan BN yang akan terus berkhidmat dengan cemerlang kepada rakyat," katanya. - BH

Sementara itu, ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said didapati tidak masuk semula ke Persidangan DUN yang bersambung semula selepas berhenti rehat, 11.30 pagi tadi.
Beliau yang ditemui di pekarangan Wisma Darul Iman di sini, ketika ditanya sama ada akan membawa sebarang usul hanya berkata, tidak jadi berbuat demikian.
"Ia macam perang juga. Kalau orang bersiap sedia, kita pun tak jadi.
"Kalau orang serang saya, saya akan serang semula. Takkan nak biar," katanya sebelum meninggalkan pekarangan wisma.
Menurutnya, beliau juga menyerahkan kepada Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk membuat sebarang keputusan mengenai tindakan disiplin yang diambil UMNO Negeri kepadanya.

1 comment:

  1. KOT MANO2 PUN NILAH KALI TERAKIR GHAZALI JADI ADUN

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com