innity

pages

Monday, August 22, 2016

Sinar Harian Laporkan Menteri kata Pengurusan 1MDB sebenarnya 'mangkuk hayun'


Kegagalan pihak pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam mengurus secara baik syarikat itu menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang akhirnya terpaksa menangung beban.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani dipetik sebagai berkata, beliau kesal dengan kegagalan itu hinggakan nama Najib tercalar.

"Yang sebenarnya, semua yang di dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah mereka yang tidak bertanggungjawab. Semuanya mangkuk hayun. Ini sebenarnya berkaitan bisnes dan apabila dalam bisnes, sudah tentulah ada jawatan-jawatan penting untuk menggerakkan bisnes tersebut.

"Mereka semua dibayar gaji yang besar dan sepatutnya tahu menjalankan operasi bisnes seperti yang diharapkan.

"Kalau bisnes bagus, sudah pastilah orang-orang berjawatan ini akan mendabik dada tetapi bila dah lingkup, tak ada pula yang nak bertanggungjawab sehingga Najib yang terpaksa menghadapi semua permasalahan," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Cheras di sini.

Jelas Johari lagi,  kelemahan pihak pengurusan adalah punca kepada kegagalan 1MDB.

"Sekarang ni, kita tunggulah siasatan yang dibuat oleh semua pihak yang terlibat baik dalam mahupun luar negara.

"Jangan buat spekulasi atau andaian yang belum tentu ada kebenarannya selagi hasil siasatan belum dikeluarkan," ujarnya.

Sambil menolak tuduhan pihak tertentu yang mengatakan beliau cuba melindungi kesalahan Najib, Johari berkata, maruahnya lebih penting daripada melindungi orang yang bersalah.

"Saya tahu Najib tak bersalah selagi belum ada bukti yang mengatakan beliau bersalah.

"Bukan sebab beliau Perdana Menteri tetapi saya tahu apa yang dilakukan oleh beliau semuanya benar belaka dan saya dan semua ahli Umno wajar mempertahankan beliau," katanya. - Sinar Harian

5 comments:

  1. Bukankah najib sebahagian dr pengurusan?kalau aku salah minta maaf Dan mohon pembetulan.

    ReplyDelete
  2. Bukti apa lagi hg nak Dato Jo...
    M&A Company dgn jelas menyatakan financial power ada kat Bugis tu.
    Without money apa satu kerja pun tak jalan la Dato Jo woii...
    Without concerns Najib, boleh ka duit 1MDB tu terbang merata ?
    Pekong dh tak dapat ditutup la Dato Jo hoii...jngn cuba membodohkan rakyat lagi la....

    ReplyDelete
  3. Mantan TPM dah suruh pecat semuanya kan.. oh masa tu hang bukan menteri ya

    ReplyDelete
  4. Pengurusan salah ke... Hahaha... Sbb tu duit masuk akaun MO1. Hai... Pengurusan nk bodek ke... sampai kasi derma banyak begitu.. Ooppss... Nk bodek ke sampai bayar kredit card 3 juta ringgit... Yg ni salah siapa pulak...

    ReplyDelete
  5. BERITO NI MUNG DAPAT DARI KITAB SUCI SR KER.KALU SETAKAT BERITO HOK TUBIK DALEY SH TAK SOHIH LAGI SEHINGGA DISAHKAN OLEH PENGARANG KITAB SUCI SR.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com