innity

pages

Monday, August 1, 2016

SI BANGANG sahaja TAK KENAL siapa Malaysian Official 1: Tun M


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, hanya mereka yang bangang sahaja tidak mengetahui siapa yang dimaksudkan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) sebagai ‘Malaysian Official 1’.
Sehubungan itu, beliau menggesa pemimpin UMNO supaya berhenti daripada menipu diri sendiri, sedangkan mereka tahu bahawa Datuk Seri Najib Razak bersalah dan tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.
“Walaupun nama Najib tidak dicatit tetapi semua tahu bahawa Malaysian Official 1 (Pegawai Malaysian Nombor 1) ialah Najib. Hanya yang bangang sahaja yang tidak kenal Najib sebagai Pegawai Malaysia Nombor 1. Dan mereka sahaja yang masih sanggup menerima Najib sebagai pemimpin mereka,” katanya dalam tulisan terbaru di blog beliau, hari ini.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk menutup segala laporan mengenai kesalahan Najib hanya mengelirukn sebahagian kecil rakyat, tetapi tidak di kalangan masyarakat dunia.
Katanya, pemimpin UMNO akan dipandang hina kerana masih cuba menafikan segala penipuan Najib dalam pengurusan syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Sejak mula skandal 1MDB didedah, pemimpin-pemimpin UMNO cuba menidakkan tuduhan terhadap Najib.
“Kononnya semua tuduhan ini berniat jahat – bertujuan untuk menjatuhkan seorang pemimpin yang dipilih secara demokratik. Mereka sengaja lupakan bahawa Dato Abdullah, PM Malaysia Kelima juga dipilih secara demokratik tetapi dijatuhkan oleh Najib sendiri,” katanya.
Tun Dr Mahathir menafikan membuat laporan terhadap Najib kepada AS sehingga DoJ mengeluarkan kenyataan mengenai salah guna kuasa dan melesapkan wang kerajaan.
“Benang basah tidak mungkin ditegak. Percubaan pemimpin-pemimpin UMNO mendakwa Najib tidak bersalah tidak mungkin menjadinya tidak salah. Tuduhlah, kecamlah, makilah. Yang salah tetap salah,” katanya.
Beliau berkata, sejak skandal 1MDB didedah, bukti-bukti salah guna kuasa dan penipuan Najib menjadi semakin nyata iaitu bermula dengan laporan akhbar, diikuti oleh Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.
“Tiap satu menerangkan kesalahan Najib. Menjadikan laporan-laporan ini rahsia pemerintah tidak berjaya menutup isi kandungan laporan. Di zaman ini tidak ada cara bagi merahsiakan dokumen.
“Sarawak Report melapor berkenaan wang yang ada dalam akaun Najib di Ambank yang disertai dengan dokumen-dokumen yang tidak boleh disangkal. Najib tidak dapat membuat apa-apa, jauh sekali dari menyaman malu Sarawak Report.
“Akhirnya Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bukan sahaja mengeluarkan laporan bertulis tetapi penjelasan dibuat secara terperinci oleh pegawai-pegawai DOJ melalui TV. Malaysia sudah jadi negara penipu dan rasuah yang terbesar di dunia. Semua orang berasa malu tetapi pemimpin UMNO sahaja yang tidak tahu malu,” katanya.
Tun Dr Mahathir berkata, kerajaan sekarang menghadapi kekurangan dana dan bagi menampung beban hutang 1MDB, rakyat dipaksa bayar cukai barangan dan perkhidmatan, tol dinaikkan, subsidi minyak dihapuskan, Langkawi dan Labuan sebagai pulau bebas cukai ditamatkan.
“Hutang 1MDB boleh dibayar secara ini. Tetapi wang yang dilesapkan melalui 1MDB masih berada di tangan orang yang diketahui melesapkannya. Jenayah ini masih perlu ditangani melalui proses undang-undang. Dengan perkataan lain, walaupun hutang dibayar oleh Kerajaan, penjenayah yang menghilangkan duit 1MDB tidak terlepas dari dituduh dan dibicara dalam mahkamah,” katanya. - ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com