innity

pages

Monday, August 22, 2016

[SESAL KEMUDIAN TIADA GUNA] Dakwa Agong MO1: MP Langkawi mohon maaf dan menyesal


Anggota Parimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad hari ini memohon ampun daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung kekeliruan dengan istilah ‘Malaysian Official 1' atau ‘MO1" di lama siosial minggu lalu.
Katanya, beliau tidak berniat untuk mengaitkan Seri Paduka tetapi ia menjadi viral oleh pihak tertentu dengan fahaman yang lain daripada apa yang cuba dinyatakannya,
“Patik sebagai rakyat bawahan Kedah dan Malaysia, menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku dengan ketinggian ketaatan yang tiada tolok bandingnya, dan amat menyesal dengan apa yang berlaku.
“DYMM Tuanku adalah suci dan bersih dari segala hal pergolakan politik rakyat jelata dan tidak ada secebis zarah pun kaitan dengan isu DOJ dan 1MDB.
“Oleh itu, patik dengan rasa rendah diri dan penuh tanggungjawab memohon sejuta keampunan dari Tuanku sekiranya perkara yang menjadi viral ini menyentuh dan mengguris hati kecil di sanubari Tuanku,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam tulisan di Facebook minggu lalu, yang disunting empat jam kemudian, ahli parlimen Langkawi itu, berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab terhadap kerajaan.
"Menurut perlembagaan negara, kerajaan negara ini dibentuk dari tiga entiti utama yang berasingan dan independen (bebas) - badan kehakiman diketuai oleh Ketua Hakim Negara, badan perundangan parlimen oleh Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin (Mulia) dan badan ekskutif (yang) diketuai oleh perdana menteri.
"Semua ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab kepada Agong.
"Maka, mengikut perlembagaan, MO1 ialah Agong," katanya.
Dalam versi yang disunting, baris terakhir dalam posting telah digantikan dengan perkataan, "Maka, mengikut perlembagaan MO1 bukan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) kerana dia (adalah sama ada) MO2, MO3, atau MO4."
Dalam komennya kemudian, Nawawi berkata, beliau tidak bercakap mengenai MO1 dalam konteks saman mahkamah DOJ, tetapi sebaliknya dari segi perlembagaan. - MK





4 comments:

  1. Ckp besar Dan ego tk kena tmpt.sia2 belajar tinggi tp bahlol.

    ReplyDelete
  2. Ha..ha.. typical pemimpin umno sekarang. Cakap dulu fikir kemudian

    ReplyDelete
  3. Haaa, kan sattel. Ada masa kena gak buang ego. Kalau awal awal cakap kan senang. Habis cerita, Kat Malaysia Benda org senang lupakan kalau sattel cepat. Jgn pusing banyak. Nanti berselirat. Kita kalau sesat jln, cari balik pangkal Kita dtg, Insyaalah Sampai. Amin.

    ReplyDelete
  4. Dia dah minta maaf. MO1 bkn YDPertuan Agong. Maka MO1 terarah kepada 3 org seperti dlm kenyataannya. Dia sepatutnya sunting semula untuk kesinambungan kenyataannya supaya dia dilihat sebagai bijak berkenaan 'siapakah MO1'. Sekadar maaf tidak memadai.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com