innity

pages

Friday, August 5, 2016

"Saya Masih Ahli Umno, Tiada Hasrat Gabung Dengan PAS" - Ahmad Said


KUALA TERENGGANU: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said menafikan beliau akan bekerjasama dengan PAS sekiranya Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman tidak berundur dan gagal menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri ini.
Ahmad Said berkata beliau masih anggota Umno dan tidak pernah membuat kenyataan seperti yang dilaporkan akhbar pada Jumaat.
"Tidak...saya tidak pernah membuat kenyataan tersebut. Siapa yang kata saya akan bergabung dengan PAS? Saya masih anggota Umno hingga hari ini," katanya.
Ahmad Said dalam laporan itu dipetik sebagai memberi kata dua kepada Ahmad Razif agar berundur, sebelum beliau mengambil langkah susulan, yang akan merubah keadaan politik di Terengganu.
Bekas menteri besar itu juga dilaporkan sebagai berkata jika apa yang dihasratkan tidak berlaku, beliau tidak menolak kemungkinan meninggalkan Umno, dan bekerjasama dengan PAS untuk membentuk kerajaan baharu.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bahri Mamat juga menafikan PAS ada menawarkan jalinan kerjasama dengan Ahmad Said bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri ini.
"Kami tidak pernah menawarkan sebarang kerjasama dengan Adun Kijal.
"Cuma apa yang kita mahu masalah politik ini harus diselesaikan segera. Jika dua pihak saling berbalas kenyataan media, mu kata aku, aku kata mu, ia tidak menyelesaikan masalah," katanya ketika dihubungi.
Katanya PAS Terengganu tidak berhasrat mahu 'campur tangan' dengan masalah dalaman Umno.
Namun, katanya, jika kemelut itu masih gagal diselesaikan, adalah lebih baik sekiranya kuasa diserahkan semula kepada rakyat melalui pilihan raya negeri.
"Jika ada dua Adun daripada Umno yang lompat parti, barulah boleh diadakan pilihan raya negeri.
"Sekiranya tiada, dan hanya asyik berbalas kenyataan di media, isu ini tidak akan selesai dan terus berpanjangan," kata Saiful Bahri.
Pada pilihan raya umum ke-13 yang lalu, Umno Terengganu membentuk kerajaan dengan majoriti tipis dua kerusi.
Umno menang 17 kerusi DUN, PAS (14) dan PKR (satu). - BERNAMA

3 comments:

  1. BALOH JANGE TAK BALOH...KALU TAK BALOH TAK GEGER RIUH,KALU TAK GEGER OREY TAK TAHU KITO ADO DOK HIDUP LAGI.MEME KAKI KUCA TAHIK.

    ReplyDelete
  2. Abe Mat tunggu MT UMNO pecat jahh tu..bakpo MT buat lembu kenyang pulok nih?? Time TSMY dgn DSMM & DSSA hari tu nyo GEGE GEGOKKK ambik tindakan..ko Takut dgn Abe Mat kita?? Handalan Abe Mat kita nihhh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com