innity

pages

Sunday, August 7, 2016

"Saya Hanya Mahu MB Letak Jawatan"


KUALA TERENGGANU: Krisis politik di Terengganu menyaksikan pendirian terbaharu apabila Ahli Dewan Undangan Negeri A(dun) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said berkata beliau tidak berminat dengan pilihan raya negeri.

Sebaliknya menurut Ahmad, beliau hanya ingin melihat Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman meletakkan jawatan berkuat kuasa serta merta.

"Saya seorang yang tenang dan telah bersabar selama dua tahun. Tetapi apa yang berlaku sudah melampau. Ia mula memberi kesan kepada rakyat dan pemimpin yang tidak bersalah.

"Kerosakan itu telah dilakukan dan Ahmad Razif telah mengejutkan harimau yang sedang tidur. Sekarang beliau perlu pergi. Saya tidak mahu pilihan raya negeri tetapi apa yang saya mahu ialah beliau digantikan oleh orang lain," kata bekas menteri besar itu kepadaThe Star.

Ahmad berkata keadaan mungkin berbeza jika Menteri Besar itu mendapatkan nasihat beliau terutamanya mengenai pelantikan dan pemecatan orang Umno di Kijal dan Kemaman.

"Alasan pemecatan itu adalah kerana orang-orang yang mengetuai syarikat berkaitan kerajaan tertentu itu rapat dengan saya. Mengapa menjadikan mereka mangsa?" soal beliau.

Ahmad berkata perkara terbaik yang perlu dilakukan Ahmad Razif adalah meletakkan jawatan kerana jika diadakan pilihan raya negeri, Barisan Nasional dan Umno tidak akan dapat membentuk kerajaan.

Sementara itu tinjauan menunjukkan bahawa majoriti daripada orsng rsmsi menentang pilihan raya negeri.

Nor Sakinah Mohd Kadir, 22, berkata tidak ada keperluan untuk mengadakan pilihan raya mengejut, dengan mengatakan bahawa sudah ada terlalu banyak menteri besar dalam masa beberapa tahun.

"Ini telah menjejaskan atau mengganggu dasar atau projek-projek pembangunan," kata mahasiswa Diploma Kejuruteraan Kimia itu.

Seorang juruteknik komputer berusia 35 tahun yang berasal dari Dungun, Mohd Asmadi Khalid berkata ia bukan masa yang tepat untuk Umno dan Barisan Nasional berhadapan pilihan raya kerana mereka mungkin dikalahkan.

"Apa kita mahukan adalah supaya ahli-ahli politik menyelesaikan isu ini dan tidak mengheret rakyat ke dalamnya," katanya.

Wong Pot Chuan, 31, seorang juruteknik dari Paka, berkata pilihan raya negeri tidak akan menyelesaikan apa-apa isu.

"Lebih baik membiarkan Menteri Besar sedia ada menyelesaikan tugasnya dalam tempoh yang ada dan membiarkan rakyat membuat keputusan pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

5 comments:

  1. Bodoh belaka..orang sibuk nak gi haji dia orang sibuk berbalah pasal politik. Sudah sudah lah cer kaji rukun islam yg pertama tu ada faedah..bodoh dah tua-tua dah nak mati berbalah lg..haha

    ReplyDelete
  2. MB kena pergi. Ganti je dgn orang lain. Kepercayaan akan meningkat semula. Negeri akan kembali stabil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SIAPA ORG LAIN YANG GANTI MB TU,KALAU HJ HADI AND THE GENG MINTA MAAF LA YA,NANTI HABIS BALAIRAYA DAN TADIKA KEMAS JADI KANDANG KAMBING.

      Delete
  3. Anom 1.07 apa kena mengena dgn nak menunaikan haji itu hal peribadi sendiri dgn Allah.Yg kalut skrg jentera tadbir negeri baik buruk kesan nya pd rakyat Tganu bukan segelintir yg nak naik hajj.Kalu hang nak pi hajj hang punya hal lah.Tak payah bgtau satu dunia.Hang dan belajaq habih kaa? Jgn ingat nak mkn duit cara mudah saja tak kira halal atau haram .
    AlQuran suruh kita usaha kuat dlm hidup .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa jd mb pun rakyat mcm ni juga..tak ada bezanya..yg susah tetap susah..yg bakal jd mb dan dpt jd mb yg pasti hidup dia yg berubah senang dan kaya...rakyat mcm tu juga..politik itu kerjaya.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com