innity

pages

Sunday, August 28, 2016

[RINTIHAN RAKYAT] ZAHID HAMIDI, KU NAN Tolonglah Atasi LAMBAKAN PENIAGA ASING



LAMBAKAN peniaga asing di Lembah Klang bukanlah perkara baharu tetapi isu itu masih berlarutan seolah-olah tiada kesudahan.

Pelbagai aduan dan laporan telah dibuat sama ada dalam media elektronik mahupun cetak tetapi tetap juga berlaku. 

Kehadiran warga asing sama ada dari Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan Myanmar semakin bertambah dan menguasai ibu kota.

Kelemahan penguatkuasaan menyebabkan mereka terus bertapak kukuh dan menguasai satu-satu kawasan hinggakan lokasi tersebut dibanjiri oleh mereka.


Keadaan itu menjadikan mereka semakin berani dan tidak gentar dengan undang-undang negara. Sikap acuh tak acuh warga tempatan dengan kehadiran rakyat asing berkenaan menggalakkan lagi aktiviti mereka.

Bukti jelas dan nyata, Chow Kit dulu kebanyakan golongan peniaga adalah terdiri daripada rakyat tempatan tetapi kini lokasi berkenaan dibanjiri dan dikuasai oleh peniaga Indonesia.

Kebimbangan terhadap fenomena yang semakin parah itu mendapat perhatian dan telah disuarakan oleh pelbagai pihak yang mempertikaikan bagaimana warga asing ini boleh memperoleh lesen berniaga secara berleluasa tanpa sekatan oleh pihak bertanggungjawab.

Mereka begitu mudah mendapatkan lot-lot kedai yang disewa oleh warga tempatan berbanding dengan penduduk tempatan yang amat memerlukan lot berkenaan.


Menurut pihak berkenaan, keadaan itu akan menjadi kronik sekiranya anggota penguat kuasa tidak melaksanakan undang-undang dengan penuh integriti kerana boleh menyebabkan amalan rasuah berleluasa.

Terbaharu pendedahan Utusan Malaysia mengenai kerenah penjaja warga Myanmar dan Bangladesh yang berniaga ‘sayur terpakai’ di Pasar Harian Selayang di Kuala Lumpur.

Mereka yang memulakan perniagaan seawal pukul 7 pagi mengutip lebihan sisa sayur-sayuran daripada peniaga pasar borong berhampiran dan kemudian menjualnya kepada pemilik restoran dan gerai makan sekitar ibu negara.

Sayuran itu mendapat sambutan pembeli kerana harganya jauh lebih murah berbanding kadar biasa, walaupun kualitinya sangat rendah.

Kegagalan pihak berwajib melaksanakan penguatkuasaan secara tegas menyebabkan kumpulan peniaga rakyat asing terus bebas menjalankan perniagaan tanpa rasa bersalah.

Justeru, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu bertindak tegas sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Kerisauan berhubung fenomena itu, turut mendapat perhatian bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar yang baru-baru ini menyifatkan penglibatan warga asing dalam sektor perniagaan berpunca daripada tindakan peniaga tempatan yang mengalibabakan lesen mereka.

Sikap tamak peniaga tempatan yang mahu keuntungan segera menjadikan mereka sanggup memajak lesen kepada warga asing. Tambah beliau, DBKL perlu bangkit melaksanakan penguatkuasaan yang ketat dan tegas.

Jika tidak, lambakan peniaga asing akan terus berlaku dan menyebabkan perkara tidak diingini terjadi baik dari segi ekonomi, sosial dan sebagainya.

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya mempertahankan hak kita. Biarlah peluang ini dinikmati oleh warga kota sendiri dan bukannya diagih kepada orang yang tidak berhak.

Pihak berwajib khususnya DBKL, Jabatan Imigresen dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus turun padang dan membuat serbuan secara besar-besaran.

Tarik balik lesen peniaga tempatan yang menyewa lot-lot kedai mereka kepada rakyat asing.

Pihak SPRM juga harus menyiasat bagaimana lot-lot kedai kepunyaan peniaga tempatan itu boleh dipajak kepada peniaga asing tanpa diambil tindakan oleh pihak DBKL.

Penguat kuasa DBKL harus disiasat kerana membiarkan perkara berkenaan terus berlaku. Jangan biarkan kakitangan awam terus dinodai dengan amalan rasuah yang akan mencalarkan imej mereka dalam kalangan rakyat.

RADUAN TAMBI
Putrajaya

- Utusan Online

2 comments:

  1. Panggil sprm kawal orang asing kalau penguat kuasa lemah..

    ReplyDelete


  2. Ada menteri-menteri ini ambil kesah tentang lambakan pendatang asing masuk ke dalam negara ini?

    Ada diorang peduli kesan negatif akibat kebanjiran pendatang asing ini?

    Yang diorang tahu ialah membawak masuk lebih ramai lagi orang-orang asing ke negara ini, sebagai tenaga kerja atau pelancung.

    Maka terjadilah keadaan seperti sekarang ini; lambakan peniaga haram, pelacur dan penjenayah yang sedang berleluasa.

    Puncanya satu saja - WANG - biasanya dalam bentuk rasuah.

    Negara sedang bergerak maju menuju kehancuran.




    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com