innity

pages

Thursday, August 25, 2016

[RELEVANKAH??] Sultan Johor Pertahankan Seruan Bangsa Johor Zaman Moyangnya Sebelum ada Malaysia

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegur Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap komen konsep Bangsa Johor yang dikatakan mampu memecah-belahkan kesatuan persekutuan.
Menurut baginda, Dr Mahathir tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang mencerminkan dirinya jahil dan tidak mengetahui sejarah dan terma “Bangsa Johor” diperkenalkan.
“Moyang saya, Sultan Sir Ibrahim membuat seruan ‘Bangsa Johor’ pada 1920 sebagai langkah menyatu-padukan pelbagai kaum di Johor di bawah satu bendera demi perpaduan, keharmonian dan keamanan. Tiada bangsa atau individu yang dipinggirkan. Almarhum terbukti benar.
“Konsep Bangsa Johor diamalkan sebelum Tun Mahathir dilahirkan lagi. Beliau nampaknya tidak sedar dengan apa yang dikatakannya,” kata baginda, seperti yang dilapor akhbar The Star.
Semalam, Dr Mahathir menegur sesetengah pihak yang menggunakan retorik kenegerian antaranya Johor sehingga menyentuh soal keluar daripada persekutuan Malaysia.
“Kita sepatutnya menggelarkan diri sebagai bangsa Malaysia, bukan sebagai bangsa Johor atau Kedah. Ia akan memecahkan kesatuan persekutuan,” katanya ketika diminta mengulas istilah “Bangsa Johor” yang kerap digunakan oleh sesetengah pihak.
Sultan juga menyifatkan Dr Mahathir sebagai seorang yang tidak layak bercakap mengenai perpaduan.
“Beliau yang memecah-belahkan rakyat termasuk orang Melayu, manakala saya menyatukan rakyat Malaysia semua kaum termasuk orang Melayu.”
Oleh itu, Sultan Johor berharap Dr Mahathir agar memahami sentimen negeri yang membawa kebanggaan tersendiri dan ia tidak bermakna mereka melupakan semangat Persekutuan
“Ia hanya sebahagian daripada imaginasi Dr Mahathir. Beliau sengaja menimbulkan masalah, maka saya menasihatkan beliau supaya menutup mulutnya,” titah baginda.
Tambah bagainda lagi, bekas Perdana Menteri itu meraih reputasi dengan menjadi pihak yang berkonfrontasi sehingga menyebabkan perpecahan, terutama dalam dasar hubungan luarnya.
“Tun Mahathir merupakan punca kepada masalah di negara ini, pada ketika ini. Beliau tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam hal negeri saya. Saya tidak akan bertolak ansur dengan sikap beliau,” titah baginda. - FMT

33 comments:

  1. NAJIB MESTI SERONOK BILA SULTAN MELAWAN PENENTANG NAJIB, TAK PE LAH SULTAN, KAMI RAKYAT HANYA LAYAK DITINDAS OLEH NAJIB TIADA SIAPA LAGI YANG DAPAT BANTU, TIADA LAGI PAYUNG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan komen saudara - "Tiada lagi payung". Terjawablah kenapa Majlis Raja-Raja diam membisu dalam isu penyelewengan 1MDB. Rupa-rupanya mereka sudah tidak boleh diharapkan lagi untuk membantu rakyat daripada ditipu dan ditindas oleh Najib dan geng pembodeknya.Pandai-pandai rakyatlah berusaha untuk gulingkan Najib Al Songlap Duit Rakyat pada PRU 14 nanti. Hidup BERSATU!

      Tun M, tak kisahlah berapa ramai orang yang kurang ajar dengan Tun M. Saya tetap hormat dan menyayangi Tun M.You were and still my hero.

      Delete
  2. Maksudnya bangsa melaysia tak relevant la....baik bubar saja Persekutuan Tanah Melayu ni (Malaysia). Klau semua nak naik kan bangsa negeri sendiri...

    ReplyDelete
  3. Tak boleh pakai..
    Rakyat jelata hidup tertindas oleh rejim najib al-bangsat,tak pula kata apa.

    ReplyDelete
  4. Allah memberi petunjuk kpd org yg benar. Rakyat yg berilmu Dan menggunakan akal tau menilai siapa yg benar Dan siapa yg membela rakyat malaysia Dan melayu sebenarnya. Tak perlu nak mengangkat diri sendiri mengatakan akulah yg lebih baik Dan lebih hebat. Org menilai kita melalui perbuatan Dan kata2. Rakyat bosan dgn org yg sombong. Allah neninggikan beberapa darjat org yg berilmu Dan menggunakan ilmunya utk kebaikan bukan utk kepentingan peribadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak faham apa mesej anda.
      Saya 'orang Johor' bukan 'BANGSA Johor'. Takda rasa
      kebangaan pun nak gelar diri saya 'BANGSA Johor'.
      Yang kaya naik jet dan beli hartanah di Ostralia tu, Sultan
      bukan rakayat. Rakyat tetap kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
      AMana letak kebanggannya bergelar 'BANGSA Johor'.....????

      Delete
    2. Bukan Shaitan.....setan......Sultan. Pinjam dailog cerita . P Ramlee. Macam synonyms jer

      Delete
    3. Saya pun orang Johor (dah lama tinggal di KL) dan sehingga kini,tak pernah sekali pun saudara-mara saya di Johor Bahru panggil diri mereka bangsa Johor, bangsa Melayu adalah. Di zaman persekolahan saya di Johor Bahru pun tak pernah kita diajar tentang konsep/istilah'bangsa'Johor. Saya hanya sedar tentang penggunaan istilah'bangsa Johor'ini sejak Johor semakin menyerlah dalam perlawanan bolasepak.Oklah tu, for the fun of it.Tapi janganlah kerana bangga sangat dengan gelaran 'bangsa Johor' ini buat kita semakin berpecah-belah di antara satu dengan lain. Saya tetap berpegang pada prinsip Islam bahawa orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa - bukan bangsa, kulit, pangkat, darjat, kekayaan,dsbnya. Let us make peace not war, everyone.

      Delete
  5. Konsep bangsa johor walaupun telah digunakan sejak 1920, tidak harus diguna apabila negara sudah merdeka..kenapa tak nak kembangkan idea bangsa malaysia? Rasanya lebih tepat..

    ReplyDelete
  6. Payung kuning pun dah tak mampu nak melindungi rakyat. Wap ja lebih

    ReplyDelete
  7. Janganlah nak suruh Tun M tutup mulut sbb yg suruh tutup mulut tu bukannya dapat melindungi rakyat pun...

    Tun Mahathir memang jelas seorang pemimpin yang berani berjuang untuk menyelamatkan negara dan rakyat termasuklah rakyat bangsa Johor...

    Masalah dinegara kita sekarang bukan berpunca dari Tun M tetapi Najib yang khianat kepada rakyat.
    Sudah-sudahlah bercakap kosong... rakyat dah bosan..
    Tun M teruskan bercakap dan berjuang....majoriti rakyat bangsa Malaysia tetap menyokong Tun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong! Rakyat menunggu ahgong dan raja raja buat sesuatu untuk rakyat. Rakyat tunggu punya tunggu lain yang datang pulok. Patut lah British bila2 boleh anugerah pangkat Sir bila2 juga bolih buat mereka seperti Chief Kadi. Untung ada payong rakyat. Tak sedar diri juga. Eh habiskan boreh

      Delete
  8. PYung mas kuning tak pakai
    Raja boneka
    Agong cucuk hidung
    Sultan makan suap dedak

    KERIS

    Kenapa bangsa johor?
    Bangsa malaysia la

    ReplyDelete
  9. zaman sultan semua betul sudah berakhir terutama berkaitan pentadbiran kerajaan
    apa yang Tun Mahathir semua betul, kalau semua negeri dok angkat bangsa masing2 apa akan berlaku pada negara Malaysia??? simple je ...semua rakyat boleh faham apa akan berlaku, pastinya Malaysia akan rosak

    jangan kerana ko orang johor ko nak pertahankan sultan ko walaupon dia salah

    ReplyDelete
  10. Yg patut dikeluarkan dari malaysia bangsa kedah lama..... ramai pengkhianat dan penyembah penjajah dari sana....

    ReplyDelete
  11. Nampaknya Khaled Nordin pun dah sama berkokok nak hentam Tun M....tak payah lar nak berkokok Khaled..kunun bangga dengan Bangsa Johor..ko tu patut malu ngaku jadi Bangsa Johor..ko hanya layak jadi bangsat Johor..bangsa Johor takkan bersekongkol dengan perbuatan mencuri duit rakyat berbillion2..bangsa Johor sepatutnya bersama-sama mempertahankan bangsa Johor yang lain yang berjuang melawan kemungkaran orang bernama Najib....pegi berkokok kat stadium jer lar Khaled...

    ReplyDelete
  12. Kepada rakyat Malaysia terutama dari Johor janganlah salah tafsir niat Tun Dr Mahathir dalam kenyataan mengenai Bangsa Johor. Apa yang dia dan kebanyakkan rakyat Malaysia bimbang ialah suatu hari nanti Johor akan terpisah dari Malaysia. Jika ini tidak benar rakyat Johor, MB Johor dan semua yang berkenaan beritahulah kami apa sebenarnya maksud dan tujuan Bangsa Johor. Beritahulah kami yang Johor sedikit pun tiada niat untuk keluar dari Persekutuan. Berilah keyakinan kepada kami rakyat Malaysia bahawa perpecahan ini tidak mungkin berlaku. Moga senang hati semua rakyat Malaysia. Itu saja

    ReplyDelete
  13. Sejarah Private Adam cukup jelas lah kenapa dipinda perlembagaan terhadap kuasa Agong-Raja Raja. Latest Tun M has forwarded his apology in a big way in his writings despite the need not to do so and, he even stated the obvious that ALL IS NOT LOST in that Constitutional Amendmends.

    So, its now come to the fore why the Conference of Rulers have not given the audience as requested by Tun to present the Citizens' Declarations from the million or so signatories..., did we not see a tit-for-tat instead of looking after the grievances, concerns and well-being of the rakyat?

    Man, these Raja-Raja are sometime like Damn you have them but also Damn if you don't! If they have an axe to grind, shouldn't they need to be looking into their own conduct first and understand why the Constitutional Amendmends had to be actioned? Perhaps its not all of the Raja Raja but you sure know there were some that were notorious in their antics.

    History does not lie and when taken or rather read with a pinch of salt, things can be rectified.

    There were just too many and bold incidences that merit what Tun M had done which in fact is to safeguard the Rulers' Institution ie. Monarchy yet at the same time is to get all the Royals to get their act together so as not to be seen as WAY ABOVE THE LAW when these people (Raja-Raja) eat and shit just like any other! The only difference is they are afforded the extra ordinary privileges!

    Well, checkout the Hansard of Malaysian Parliament and the list of taking matter in their own hands like they are the Judge & Executioner all in one will tell you why the power of the Agong and the Raja Raja had to purged! And we're just talking what were being reported, the one that is not???

    Well, if the Conference of Rulers does not wake up from their slumber then they would be shocked by the emerges of Bugis-Lanun as the new EMPEROR that supercede all the Raja Raja. Malaysia is potentially heading towards just that and we can all kept at bickering with each other on this 'BANGSA' thing only to be identified exclusively.

    Respect Tun M for being berjiwa besar unlike the Bugis-Pirate!

    WAKE UP MALAYSIA TANAH AYER KU!

    MLN

    ReplyDelete
  14. kalau kesatuan penting, mader sepatutnya boleh buat banyak perkara ke arah itu tetapi media sedperti WSJ kata dia pilih "pecah dan perintah" .

    satu soalan ialah, apa yang Mader buat terhadap sekolah vernakular selama 22 tahun bergayut di dahan kuasa?

    ReplyDelete
    Replies


    1. 6.27.

      Tak usah nak kalih topik la.

      Kebaikan yang dibawa dan disumbangkan oleh TDM jauh lebih banyak daripada keburukan.

      Kalau nak dibandingkan dengan Najib, ibarat langit dan bumi.

      Jangan jadi buta hati, buta minda, buta mata.

      Delete
  15. Ek eleh.....bangsa apa kalu dah bangsat....pindaan perlembagaan dibuat oleh Tun M dahulu sebab ape ye....
    Tun sercara,berhemah mengemukakan pandangan atas sb beliau pernah merancang dan melaksana,dasar negara...betul kata,tun..itu isu negara isu masyarakat...yg p balun tun tu pasal apa....tun berpolitik...apa dia,poltik..p la ngaji dulu...apa dia demokrasi..p la ngaji dulu..lain lah jd,spesis tertentu...semua,nk kena,payung dan layan..tk blh di tegur...tk blh di ajar...dan malang..tak boleh di ikut pun...u better stay wuthin ur boundaries...keep out of politics...u r there bcos of our,sentiment to maintain u there...nepal dah tak beraja...si jgn pandang rendah org yg se usia bapak kamu...wat u know..semua,payung semua,layan...

    ReplyDelete
  16. Pada Pendapat aku...

    Bangsa Johor relevan hanya pada ketika itu..menurut baginda pada 1920an lagi, ketika itu Persekutuan Tanah Melayu belum wujud apatah lagi Malaysia.

    Kini tidak sesuai kerana,seelokannya Bangsa Malaysia, apabila ada elemen kenegerian wujud,jelas tidak baik, tetapi untuk sesetengah individu baik..contohnya pemimpin sarawak pada pilihanraya baru-baru ini 'sarawak for sarawakian"....untuk undi...memangla baik....tapi untuk malaysia,pasti tidak baik... dikhuatiri akan ada sentimen benci pada semenanjung malaysia...

    Begitu juga dengan Bangsa Johor,rakyat marhaen johor mungkin bersetuju dan mungkin tidak bersetuju...dengan isu ini..jika setuju...secara langsung Sultan akan dapat sokongan dan dukungan rakyat johor...jika tidak...sebaliknya berlaku...

    Tapi sekiranya atas kapsiti negara Malaysia...adalah molek dan sesuai digunakan Bangsa Malaysia....demi untuk negara...sebab itu Tun Dr. Mahathir berbicara atas kapasiti negara dan beliau juga negarawan ulung negara,memahami apa yang terbaik untuk negara waima ada pihak meragui usaha beliau...

    ReplyDelete
  17. Hidup Tun Mahathir..hidup Tun Mahathir..hidup Tun Mahathir!!
    Tun yg dikasihi..Rakyat bersama mu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong Tun M. Hidup Tun M! Hidup BERSATU!

      Delete
  18. Mohon maaf tunku sultan, kita mesti utamakan bangsa malaysia dari bangsa kenegerian, kalau kita becakap aku bangsa negeri masing2, lambat lauan kita akan jadi berpuak, dan akan menjadi sensitive dan akan berlaku pergaduhan antara bangsa masing2, teringat saya perkauman puak2 di masa menuntut di itm tahun 60an dan 70an. Kita tidak mahu anak cucu kita akan diperngaruhi oleh berpuakkan bangsa. Cukup lah.

    ReplyDelete
  19. APA yang dikatakan Dr.mahadir benar adanya ninda saya @moyang sultan ahamadriayatshah ayhnda sultan abubakar @johor riaulingga Pahang..tidak pernh menyatakan johor Semata atau riaulingga ini kerana baginda menguasasi wilyah riaulingga sebelm johor Dan Pahang.. Kedaulatan bermula pada tahun 1878 ..seblm kedaulatan di akui dunia 1885..mohor draja anugerh Ratu Victoria (sups) lambang kedaulatan ada DLM simpan kami Dan grant
    tanah 1878(999tahun) ..Kami adalah waris kesultanan Sah (agong) yang mnghidupkan kembali empayer melaka
    @berdaulat....kalian bolih layari fb saya atas nama tku Awi....kami tiada kaitan darah mahupun kesultanan yg berasal Dari waris temenggung @raayat biasa... Mkn sudh kami hubungi seblum saya khabaran kepada umum...

    ReplyDelete
  20. Moga Allah lanjutkan usia Tun Mahathir, yang berani untuk berkata perkara yang benar dan berfakta.

    ReplyDelete
  21. Segala maklumat tentang kesultanan agong johor riaulingga pahang ..hingga pengkhinatan Dan wajah sebnar sultan abubakar TMJohor tuanku muhameddah johor Dan grnttanah asal/asli Dilaman fb tku Awi ymt mahadi




    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk dptkan bukti datang ke fb saya baru bolih komen jgn seperti anjing yg melolong...

      Delete
  22. Awi mana pulak yg sesat ni.... fakta dan bukti ado..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesat atau kau munafiq buta sejarah Boca difb aku barn bolh komen

      Delete
  23. Sebaiknya jangan kita panjangkan isu ini. Tumpukan kepada isu yang lebih penting iaitu kedaulatan malaysia dimata dunia. Apa yang kita perlu buat tegakkan KEBENARAN DAN NYAHKAN KEMUNGKARAN.

    Disamping itu kita sekarang mengelami kos sara tinggi yang tak selari dengan pendapatan rakyat. Begitu juga dengan ekonomi negara - INDAH KHABAR DARI RUPA.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com