innity

pages

Friday, August 12, 2016

[RASIONAL KU NAN TAK RASIONAL] Kalau "BERSATU" Tak Boleh, Kenapa Parti Bersatu Sabah, Parti Rakyat Bersatu Sarawak LULUS?


Sebelum ini Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak meluluskan akronim ‘Bersatu’ pada Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Tengku Adnan berkata perkataan Bersatu pada parti didaftarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu boleh mengelirukan rakyat kerana ia perkataan biasa yang sering digunakan.
“Saya merayu kepada RoS nak luluskan luluslah, kalau boleh minta mereka jangan gunakan Bersatu kerana ia perkataan yang sering digunakan.
“Ini kerana, kebanyakan status saya gunakan adalah ‘Bersatu Malaysia Maju’,” katanya ketika ditemui pada majlis Perasmian Pembukaan Jalan Sambungan Jalan Jalil Perkasa 7, Bukit Jalil semalam.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata Umno juga pernah menggunakan perkataan ‘Bersatu’ seperti dalam cogan kata ‘Bersatu Bersetia Berkhidmat’.


Sebuah parti di Sabah telah menggunakan 'Bersatu' sebagai sebahagian nama parti. 

Parti Bersatu Sabah (United Sabah Party; singkatan: PBS) ialah sebuah parti politik Malaysia yang ditubuhkan oleh Datuk Joseph Pairin Kitingan pada tahun 1985 di Sabah.

Parti politik ini pernah menguasai Dewan Undangan Negeri negeri Sabah pada tahun 1985 sehingga 1994. Parti ini juga menguasai 14 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1990.

Presiden parti ini ialah Datuk Joseph Pairin Kitingan dari masa penubuhannya sehingga kini.

Sementara itu, di Sarawak pula terdapat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Sarawak United People's Party; singkatan: SUPP) juga menggunakan 'Bersatu' dalam nama parti mereka.

Parti ini merupakan sebuah parti bercorak pelbagai kaum tetapi majoriti keahliannya terdiri daripada kaum Cina. Parti ini ditubuhkan pada tahun 1959 diSarawak.

Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) merupakan antara parti politik yang tertua. Ditubuhkan pada 1959, parti ini berubah dari sayap kiri, anti–Malaysia ke sebuah parti politik komponen yang kukuh di bawah Barisan Nasional tanpa melepaskan sokongan kaum Cina Sarawak. SUPP, merupakan parti politik komponen yang kedua terbesar Barisan Nasional di Sarawak.

Rasional yang dikemukakan oleh Ku Nan yang tidak selesa dengan perkataan ‘Bersatu’ pada Parti Pribumi Bersatu Malaysia rupa-rupanya tidaklah rasional seperti yang disangkakan oleh banyak pihak kerana Ku Nan tidak pernah membantah penggunaan "Bersatu" oleh Parti Bersatu Sabah dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak.
Tindakan beliau membantah penggunaan "Bersatu" oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia mungkin disebabkan oleh perasaan gundah gelana dan reaksi panik secara sepontan.
Diharap semoga Ku Nan akan beransur pulih dari perasaan panik tersebut apabila sedar akan hakikat yang parti baru Tun Mahathir itu semakin mendapat tempat dihati rakyat yang bencikan rasuah dan rompakan.


11 comments:

  1. Sokong BERSATU
    Ayuh rakyat malaysia
    Tumbangkan dan hancurkan
    Umno bn di pahang terengganu perak kedah sabah
    Pasti kegemilangan kerajaan baru progresif matang adil telus

    ReplyDelete
  2. Ramai yang komen tun m kes bank bumi tapi tg razali yg songlap

    Tsmy korup ppim tapi rosmah songlap

    Mukriz tapi basa yang skandal

    ReplyDelete
  3. Mati kering umno bn
    Kena racun BERSATU
    hancur dan hilang dari sejarah umno bn dilanda tsunamiBERSATU

    lihat rakyat sudah celik dan bosan karenah bn umno
    Kenyang perut sendiri

    ReplyDelete
  4. Semua kes mesti dibuka semula sisatan
    1MDB
    ALTANTULYA
    KEVIN MORAIS
    PENGERUSI AMBANK
    Peguam ghani
    Ts zeti
    Kenapa dipecat
    Teo beng hock
    Ts yahya
    Ts jj
    Ziana zain

    ReplyDelete
  5. Takut dengan bayang2 sendiri. Macam tu lah kalau dah buat perkara yg tak betul.

    ReplyDelete
  6. "BERSATU" cuma boleh digunakan oleh parti UMNO yg diketuai Lanun Bugis dan Menteri2 pemakan dedaknya.

    Bersatu menyamun duit rakyat Berbillion2 USD!!

    ReplyDelete
  7. Lanun Bugis sedang megarahkan anak kapalnya mengemudi ka arah Kazakstan...

    Wahkahkahkahkahkah...

    ReplyDelete
  8. ku nan tak ada teloq..apa perkataan bersatu pun takut ke?

    ReplyDelete
  9. jom ramai2 masuk dan sokong parti bersatu..umno tak bawa apa perubahan pd rakyat..susah lg ada..pemimpin ja yg kenyang

    ReplyDelete
  10. PBRS Di Sarawak pun boleh guna BERSATU.Apa kata Adnan Mansur??

    ReplyDelete
  11. Bersatu..Bersatu..Bersatu..ramai dah menunggu..nak borang seribu?..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com