innity

pages

Tuesday, August 30, 2016

RAKYAT SUDAH CUKUP MELUAT DENGAN PEMIMPIN POLITIK: Jangan Sampai Rakyat BENCI Negara Sendiri


SHAH ALAM - Pemimpin sekarang jangan terlalu selesa berada di puncak kerana rakyat bukan sekadar meluat kepada keadaan politik, tapi rakyat juga meluat dengan negara sendiri, kata Parti Amanah Negara (Amanah).

Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Syazni Munir Muhd Ithnin berkata, rakyat kini sudah cukup meluat dengan pemimpin yang menyebabkan krisis dan masalah melanda negara ini.

Katanya lagi, pihaknya tidak mahu rakyat membenci negara sendiri kerana kesilapan pemimpin negara yang gagal mengurus tadbir negara.

"Bulan ini bulan Kemerdekaan. Berapa ramai rakyat yang kita lihat kibarkan bendera Malaysia bulan ini? Ini menunjukkan rakyat makin meluat dengan negara.

"Kita tidak mahu negara selepas ini menjadi negara yang menjadi kacau bilau di mana rakyat berani turun ke jalanan untuk menghalau pemimpin. Itu sudah dikira sebagai tindakan yang lebih radikal," katanya dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-40: "Politik Malaysia: Di Manakah Melayu?"", di sini.

Dalam masa sama, Syazni turut mengingatkan pemimpin-pemimpin BN supaya jangan terlalu selesa mempermainkan polemik agama kerana akhirnya rakyat yang akan marah.

"Apabila polemik perkauman dan keagamaan dimainkan oleh parti-parti politik, akhirnya rakyat juga yang terheret.

"Negara sudah sampai ke peringkat bahaya. Negara sedang alami perubahan dan situasi itu mungkin tidak disedari oleh kita," katanya lagi. - SH

4 comments:

  1. Tak sempatdah
    Sibuk lawan kenyataan media
    Bn umno dah kalah media
    KERIS

    ReplyDelete
  2. Kita memang nak perubahan ke arah kebaikan. Kita memang dah meluat dgn UMNO. Tapi jgn sampai kita bodoh sgt nak korbankan budaya aman rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Jgn buat statement bodoh..kibar bendera sbb sayang negara, bukan sbb pemimpin..puak2 ni mmg selalu cari alasan..semua bensa nak dipolitik kan..real stupid

    ReplyDelete
  4. Hahaha bodoh belaka.. aku berdoa kpd Allah tunjukkan jalan yg lurus

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com