innity

pages

Monday, August 22, 2016

Rafizi Pertimbang Lapor Polis Terhadap Ketua Polis Negara


Saya disiasat lagi dan besar kemungkinan kena dakwa lagi selepas ucapan saya di depan Penjara Sg Buloh. Kalau pembangkang atau orang yang mengkritik Najib Razak laju saja kena tangkap. Saya dah buat laporan polis mengenai ‪#‎JhoLow‬ lama sudah. Kalau tiada tindakan saya ingat kita buat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara. Siapa setuju mohon share.

22 OGOS 2016

PENDEKATAN KETUA POLIS NEGARA DALAM MENANGANI KRITIKAN TERHADAP PERDANA MENTERI MELEMAHKAN SEMANGAT PASUKAN POLIS

Saya dihubungi oleh Inspektor Haniff dari Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh semalam untuk dimaklumkan bahawa saya sedang disiasat ekoran ucapan saya di hadapan Penjara Sungai Buloh pada 10 Ogos 2016 iaitu semasa perhimpunan meraikan ulang tahun kelahiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang ke-69. Saya juga dimaklumkan bahawa kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya pada hari Khamis, 25 Ogos 2016 ini.

Hari Sabtu yang lalu, 3 orang aktivis siswa yang menjalankan sessi penerangan mengenai perhimpunan ‪#‎TangkapMO1‬ yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini ditahan dan digari oleh pihak polis di Seri Iskandar. Mereka dibawa ke mahkamah dan telah dikenakan tahanan reman selama 3 hari.

Dalam suasana kemarahan rakyat terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak masih memuncak ekoran pelbagai pendedahan skandal penyelewengan wang rakyat yang dikaitkan dengan 1MDB, tindakan-tindakan yang dilihat kasar terhadap sebarang kritikan terhadap 1MDB dan Dato’ Seri Najib Tun Razak ini tidak membantu imej pasukan polis. Apatah lagi apabila tindakan tegas yang sama tidak diambil ke atas pelbagai laporan polis yang telah dibuat selama bertahun-tahun terhadap individu-individu utama di belakang 1MDB.

Alasan yang diberikan oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini ialah untuk menunggu Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Negara memuktamadkan terlebih dahulu siasatan terhadap 1MDB. Setelah kedua-dua siasatan ini selesai, alasan terbaru beliau ialah pihak polis hanya akan mengambil tindakan berdasarkan siasatan Ketua Audit Negara.

Ketua Polis Negara sebenarnya lupa bahawa saya sendiri telah membuat dua laporan polis terhadap individu utama di belakang 1MDB selepas siasatan Ketua Audit Negara terhadap 1MDB diketahui umum. Maknanya kedua-dua laporan polis yang saya buat mematuhi kriteria yang ditetapkan oleh Ketua Polis Negara iaitu tindakan-tindakan yang boleh diambil berikutan penemuan hasil dari siasatan Ketua Audit Negara.

Dua laporan polis yang saya maksudkan adalah seperti berikut:
1. Pada 30 Mac 2016, saya telah membuat satu laporan polis terhadap Arulkanda Kandasamy dan pengurusan 1MDB yang lain setelah satu mukasurat laporan Ketua Audit Negara yang bocor telah mendapati bahawa pengurusan 1MDB membuat pembayaran sebanyak RM288 juta tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada Lembaga Pengarah 1MDB. Butiran terperinci laporan polis itu boleh diperolehi di http://rafiziramli.com/…/laporan-polis-terhadap-arulkanda-…/

2. Pada 18 April 2016, saya telah membuat satu laporan polis terhadap Jho Low ekoran dari laporan Jawatankuasa Kira-kira Negara di mukasurat 8 hingga 14 yang secara jelas memperincikan pelbagai pelanggaran undang-undang yang boleh disiasat di bawah Akta Syarikat, Akta SPRM, Kanun Keseksaan dan undang-undang lain yang melibatkan Jho Low. Selain saya, laporan yang sama juga dibuat di seluruh negara oleh rakyat biasa. Butiran terperinci laporan polis itu boleh diperolehi dihttp://rafiziramli.com/…/laporan-polis-terhadap-jho-low-be…/

Sehingga kini kedua-dua mereka masih belum ditahan dan kita tidak mendapat apa-apa maklumat dari Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai tindakan yang telah diambil ekoran dari laporan polis yang dibuat oleh saya sendiri dan mendapat liputan meluas di kalangan rakyat.

Oleh sebab itulah, apabila pihak polis terpaksa mengambil tindakan tegas terhadap individu dan kumpulan yang mengkritik Dato’ Seri Najib Tun Razak berhubung skandal 1MDB tetapi tindakan yang sama tegas tidak diambil terhadap watak-watak di belakang 1MDB, ia sudah tentu menjejaskan imej pasukan polis di mata rakyat. Malah penahanan siswa hujung minggu lalu berkemungkinan menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap pasukan polis.

Saya yakin pegawai-pegawai yang terbabit hanya menjalankan tugas kerana diarahkan. Saya tahu ramai di kalangan anggota polis yang mempunyai pandangan yang sama dengan rakyat terbanyak mengenai skandal 1MDB: mereka marah dan merasa jijik dengan penyalahgunaan wang rakyat yang sedemikian rupa sedangkan mereka (anggota polis) turut mengalami kesusahan seperti rakyat biasa.

Dua hari lalu (Sabtu) saya menyampaikan satu ceramah di Tambun yang berkisar mengenai kesan skandal 1MDB kepada rakyat. Ceramah itu turut dipantau oleh pasukan polis tempatan yang datang dalam jumlah yang ramai (sekitar 5 – 7 orang) dengan lengkap beruniform. Di akhir ceramah ketika saya bergerak ke kereta, beberapa orang dari anggota polis beruniform ini menghampiri saya.

Saya ingat mereka mendekati saya untuk menangkap saya seperti kebiasaannya, sebaliknya mereka meminta untuk “tangkap gambar” dengan saya tanpa sedikit pun merasa malu untuk menutup nombor polis yang ada di uniform mereka.

Tan Sri Khalid Abu Bakar sewajarnya tahu bahawa tindakan dan sikap beliau boleh dilihat mengheret nama baik pasukan polis yang boleh dituduh melindungi pesalah di belakang 1MDB sedangkan sebahagian besar anggota polis sendiri marah dengan skandal 1MDB. Jika ini berterusan, ia boleh melemahkan semangat (“morale”) pasukan polis.

Jika kenyataan dan sikap Tan Sri Khalid Abu Bakar berterusan begini, saya sedang berbincang dengan peguam-peguam saya untuk membuat laporan polis terhadap Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri di atas kegagalan beliau mengambil tindakan terhadap laporan-laporan polis yang dibuat terhadap Jho Low dan individu lain yang dikaitkan dengan 1MDB.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

2 comments:

  1. IGP pun rasuah dan makan dedak..nak buat macamana?
    Kalau siasat. Pok jib tersangkut juga jerat buat sendiri...KERIS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini satu tuduhan yg tidak berasas menuduh IGP rasuah. Ini boleh mengaibkan IGP. Kalau IGP buat laporan polis terhadap Anon 9.22 am ini baru kes terangkat dan anda bokeh di dajwa dimahkamah. Pembuktian adalah komen anda yang anda tulis diruangan ini .. anda ada buktikah yg IGP rasuah. Diharap pihak skmm perlu membuat pemantauan terhadap blogger celah gelegar dan setiap individu yg beri komen yg di disiar/ sebar diruangan blogger ini. Beilah komen yg membina dan tidak memihak kpd mana-mana pihak.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com