innity

pages

Wednesday, August 17, 2016

Polis digesa tangkap Nawawi selepas mendakwa ‘MO1’ merujuk Agong

Seorang peguam kanan hari ini menggesa polis menangkap Datuk Nawawi Ahmad selepas ahli Parlimen Langkawi itu mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dengan “Malaysian Official 1” (MO1), ungkapan yang digunakan dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) yang mendakwa salah laku dan kecurian dana dari 1MDB.
Rosli Dahlan melahirkan rasa terkejut dengan Nawawi yang dianggapnya sebagai biadap terhadap Agong, dan berharap semua pihak mengutuk kenyataan itu.
“Tidak ada yang lebih gila dan keji daripada apa yang dikatakan dalam Facebook beliau (Nawawi),” kata peguam terkemuka itu.
Katanya, sekiranya peguam negara tidak bertindak, beliau sendiri akan membuat permohonan untuk mendakwa Nawawi demi mempertahankan institusi raja dan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam beberapa komen bersama pengguna Facebook, Nawawi berkata ungkapan “MO1” itu merujuk kepada Agong, dengan memberi alasan pegawai nombor satu negara menurut Perlembagaan Persekutuan adalah Agong.
“MO1 ialah Malaysian Official No 1. Mengikut perlembagaan negara, kerajaan negara ini dibentuk dari 3 entiti utama yang berasingan dan independent iaitu 1) badan kehakiman diketuai chief justice atau ketua hakim negara 2) badan perundangan parlimen diketuai Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar dan 3) badan eksekutif diketuai oleh YAB Perdana Menteri.
“Semua ketiga-tiga badan ini bertanggungjawab pada DYMM Agong. Maka mengikut perlembagaan, MO1 ialah Agong,” tulis Nawawi dalam Facebooknya baru-baru ini.
Beliau merujuk dokumen 136 muka surat DOJ bulan lalu membutirkan salah laku dan kecurian wang 1MDB, yang turut menyebut “MO1” sebanyak 36 kali.
Walaupun spekulasi mengaitkannya kepada perdana menteri, pemimpin Barisan Nasional (BN) berkata Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dalam siasatan DOJ itu.
Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, bagaimanapun berkata hanya “orang bodoh” yang tidak tahu identiti MO1.
Dokumen DOJ itu antara lain menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz dan jutawan Low Taek Jho.
Rosli berkata dalam “mempertahankan sesuatu yang tidak boleh dipertahankan”, Nawawi merasakan wajar memburuk-burukkan institusi raja.
“Inilah yang berlaku sekiranya keadilan dibelakangi dan keluhuran undang-undang dipijak. Kita tidak boleh biarkan kelakuan sebegini menjangkiti masyarakat semata-mata mahu membela pegawai yang rasuah,” kata Rosli. - FMT

6 comments:

  1. Peguam kanan baca dan kajilah dulu undang-undang, jgn cepat melatah. Peguam negara ada, biar dia buat kenyataan dan gesaan. Ketua polis negara kan ada, biar dia orang siasat dulu. Ini belum pun siasatan dilaksanakan, investigation paper pun tak buka lg mcm mana nak tangkap, takkan peguam tak faham tatacara perundangan. Undang-undang mana yg digunakan seorang peguam boleh menggesa penangkapan seseorang individu sekiranya tiada laporan polis dibuat, tiada siasatan dan kertas siasatan dibuka, tiada surat kebenaran untuk mendakwa dikeluarkan oleh pihak peguam negara. Rakyat dan orang yg tak faham akan terpengaruh dengan rencana ini. Bila ini berlaku, rakyat dan orang yg tak faham mula lah salahkan kerajaan. Jika dikaji dari mana bermulanya tunas fitnah itu yg tersebar dialam maya dan media cetak?..lama kelamaan berita jadi hangat, rakyat tuding jari kpd pihak berwajib dan kerajaan. Disini kena ada keadilan dan amanah dalam penyebaran berita..kalau buah lihat dari mana jadi buah itu..pasti dari bunga dan tunas. Fikir-fikirlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ag kpn tak boleh pakai kalau kes berkaitan jibi...tulis panjang isi dah kekeringan..

      Delete
    2. Huhuhu. . .untuk menghalalkan segala kemungkaran terpaksa bersilat berkungfu akhirnya sampi sendiri terjun gaung hahaha. .

      Delete
  2. "kalau buah lihat dari mana jadi buah itu..pasti dari bunga dan tunas. Fikir-fikirlah."

    Dari Buah ko chai datangnya bunga dan tunas, yg korup, zalim dan makan duit haram!

    Nawawi wajib dihadapkan ke mahkamah kerana memperlekehkan yg dipertuan Agung.

    Nak tunggu AG dan pihak polis? Sendiri mau ingat, bagaimana 1mdb dipermainkan seperti bola disepak sana sini.

    ReplyDelete
  3. KEADILAN ITU MELETAKKAN SESUATU ITU DI TEMPATNYA YG BETUL. TINDAKAN MENGAITKAN ORANG LAIN DGN KEsALAHAN KITA ADAKAH BETUL ?

    ReplyDelete
  4. Naya agong kena tuduh...kesian org tua Tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com