innity

pages

Wednesday, August 10, 2016

Polis BERJAYA MEMBERKAS suspek kes tembak pemberi pinjam wang


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes tembak seorang pemberi pinjam wang di Jalan Genting Klang, pada 27 Julai lalu, ditahan awal pagi tadi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, berkata suspek berusia 34 tahun itu ditahan di Jalan Ipoh, Sentul pada jam 1 pagi. 

"Lelaki ini direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes. 

"Semakan mendapati, dia mempunyai dua rekod lampau mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini. 

Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, V Kandasamy atau Kanna, 43, maut selepas terkena 10 daripada 16 das tembakan yang dilepaskan dua lelaki ketika berhenti di lampu isyarat Jalan Genting Klang, berhampiran pusat beli-belah Setapak Mall.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com