innity

pages

Sunday, August 7, 2016

[POKEMON GANGGU KOMUNITI] "Lelaki Muncul Depan Rumah sambil Halakan Telefon ke atas Bumbung"


Kuala Lumpur: “Tiba-tiba ada orang tidak dikenali muncul di depan rumah saya, amat terkejut namun setelah diberitahu rupa-rupanya ada 'Pokemon' di atas bumbung!"
Itu luahan pekerja swasta, Lum Choi Yan, 24, yang terkejut melihat seorang lelaki tidak dikenali berdiri di depan rumahnya sambil menghala telefon bimbit ke atas bumbung rumahnya, pagi tadi.
Lum berkata beliau hampir membuat laporan polis kerana gelagat lelaki itu sangat mencurigakan.
"Apabila saya bertanya, katanya ada seekor 'Pokemon' terbang ke bumbung dari taman permainan berhampiran rumah saya dan dia mengejarnya," katanya.
Beliau berkata, walaupun baru dilancarkan semalam, fenomena permainan Pokemon GO dilihat sudah membuatkan ramai 'terjebak' dan jika tidak berhati-hati dikhuatiri boleh membahayakan keselamatan.
"Saya sendiri tidak berani untuk memuat turun aplikasi ini kerana rakan-rakan terlalu ketagih dengan permainan itu sehingga tidak menghiraukan keadaan sekeliling termasuk ketika melintas jalan," katanya.
Mahasiswa universiti awam, Lily Ferawati Rofil, 27, berkata gelagat pemain Pokemon GO boleh dilihat di mana-mana sahaja terutama di kawasan tumpuan ramai.
"Saya muat turun aplikasi itu dan mendapati kebanyakan tempat yang menjadi 'sasaran' pemain memburu 'pokemon' ialah rumah ibadah, seperti masjid dan tokong, di depan bangunan tinggi atau kawasan tersorok.
"Contoh, kawasan tersorok seperti papan tanda yang rosak ataupun di belakang tandas awam tiba-tiba dikerumuni orang ramai disebabkan permainan ini," katanya.
Jurutera Awam Tieu Chect Hou, 28, berkata beliau hampir terlanggar seorang remaja perempuan yang terlalu 'taksub' memburu pokemon ketika makan tengah hari di sebuah restoran di Pudu.
"Saya tengok dia jalan ke hulu ke hilir sambil memegang telefon bimbit dan senyum seorang diri tanpa menghiraukan orang di sekeliling, sehingga melanggar orang pun tidak tahu untuk meminta maaf.
"Apabila melihat dari belakang, barulah tahu beliau sedang bermain Pokemon GO.
Melihat keadaan ini, saya tidak berani memuat turun aplikasi itu kerana semua orang bagaikan sudah 'gila' terjebak dengan permainan itu," katanya.


Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan aplikasi permainan ‪#‎pokemongo‬

FATWA MUFTI WILAYAH POKEMON GO HARAM? BENARKAH SEPERTI YANG TERSIAR DI BEBERAPA MEDIA ALTERNATIF?
1. Pihak kami (Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan) amat kesal dengan salahguna tajuk berkenaan fatwa Pokemon Go oleh beberapa media alternatif atas talian (online) yang sewenang-wenangnya meletakkan kesimpulan tanpa kajian mendalam. Manipulasi tajuk yang dibuat sedemikian memberikan imej yang negatif kepada institusi mufti dan kefatwaan dan imej agamawan Muslim keseluruhannya di mata umat Islam dan juga saudara-saudara non Muslim yang kita kasihi.

2. Jika diteliti dalam fatwa yang dikeluarkan oleh mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan, SS Mufti sama sekali tidak menggunakan istilah 'Haram'. Apa yang jelas, beliau menggunakan kalimah-kalimah yang menzahirkan KECENDERUNGAN beliau ke arah pengharamannya iaitu "PERLU DIJAUHKAN permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat." Sebab utama SS Mufti tidak menggunakan istilah 'Haram' kerana ia bukan sesuatu yang qat'ie iaitu ada hukumnya dalam Qur'an dan Sunnah.
3. Kaedah sebegini adalah antara manhaj (metodologi) Imam al-Syafie dalam mengeluarkan hukum/fatwa. Sebagai contoh, Imam al-Syafie adakalanya dalam satu-satu hukum menyatakan 'akrah' (aku benci) atau kadangkala beliau kata 'lam uhibb' (aku tidak suka). Beliau tidak menggunakan istilah haram atau harus atau lain-lain istilah secara jelas. Untuk lebih lanjut, rujuk buku:
Zulkifli Mohamad al-Bakri, 2010. Istilah-Istilah Fiqah dan Usul: Empat Mazhab (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
4. Jika perkataan haram digunakan, ia adakalanya nemberi impak yang negatif dan mungkin kurang sesuai dengan situasi masyarakat kita. Tujuan SS Mufti memilih untuk menggunakan ayat "PERLU DIJAUHKAN permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat." adalah bagi menggambarkan bahawa beliau AMAT TIDAK GEMAR permainan Pokemon Go ini dimainkan atas beberapa hujah yang telah dinyatakan di sini [http://www.muftiwp.gov.my/…/1116-bayan-linnas-siri-66-integ…]
5. Justeru, kami menyeru kepada seluruh masyarakat untuk menyelidik terlebih dahulu akan berita-berita yang didengari atau didapati di media sosial. Bertakwalah kepada Allah dan ingatlah pesanannya dalam Surah al-Hujurat: 6. Boleh baca Bayan Linnas berkenaan konsep Tabayyun di sini [http://www.muftiwp.gov.my/…/294-berita-konsep-tabayyun-dan-…]

3 comments:

  1. Itu pokimak namanya.

    ReplyDelete
  2. Haram atau dilarang permainan pokemon kami sokong kerana banyak kemudaratan dari kebaikan.

    Begitu juga pemimpin yg secara terang dan jelas telah menyamun dan mengyonglap wang rakyat dan harta negara.

    Tidak terkecuali jika ada pemimpin2 dan bekas pemimpin seoerti najib, zahid hamidi, khairi jamaludin, anwar ibrahim malahan tun mahathir sekalipun juga tidak terkecuali.

    Berlaku adil dan berkata benarlah kerana permasalahan ini lebih besar kesannya, bukan setakat anak2 yg kita didik malahan agama islam juga turut terpalit keburukannya.

    ReplyDelete
  3. Kalau permainan ygn memudaratkan elok jgn dibiarkan..patut haram diharamkan. Tak ada untung dan faedah. Begitu juga pemimpin, yg mana tak berkenan tunggu pru..jgn undi dia. Jgn terlalu banyak kekuarkan kenyataan..nanti bercelaru manusia..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com