innity

pages

Thursday, August 18, 2016

[PETUA ELAK TERTIPU] Dulu Datuk kita DITIPU Skim Pak Man Telo, Ayah Skim Swisscah, UFun, Genneva, Emas ETA, Pengasus Bullion, Kita DITIPU Skim BITCOIN


PADA 2006, sebuah scam Internet meletup di Malaysia. Scam Swisscash itu beroperasi hampir 100 peratus secara maya.

Apakah bukti-bukti yang Swisscash adalah satu scam? Ramai yang bertanya kepada saya soalan itu.
Sebenarnya, buktinya begitu banyak.

Pertama, pulangan 20 peratus sebulan (240 peratus setahun) yang diberikan oleh Swisscash begitu mencurigakan. Walaupun sudah tentu kita semua mahukan pula­ngan pelaburan yang tinggi, angka­nya mestilah munasabah dan masuk akal. Jika para pelabur bertaraf du­nia seperti Warren Buffett dan George Soros pun memberi pulangan ha­nya 20 hingga 34 peratus setahun, adakah masuk akal orang yang tidak pernah dikenali dapat memberikan pulangan sebegitu tinggi?

Kalau betul pula, sudah tentu media massa di Malaysia dan dunia termasuk CNN, Fortune dan Forbes akan memberi liputan menyeluruh kepada pengurus dana tersebut. Tetapi realitinya, Swisscash tidak disebut langsung! Bukankah ini satu yang pelik?

Kedua, adakah masuk akal bagi pelaburan yang baru dibuat satu bulan sudah boleh mendapat pulangan 20 peratus pada bulan berikutnya? Semua pelaburan, termasuk yang paling untung sekalipun, memerlukan masa. Kalaulah ‘pe­ngurus’ dana itu betul-betul me­laburkan wang dalam forex, hedge funds dan sebagainya, pelaburan tersebut pun tidak membayar hasilnya lepas satu atau dua bulan. Jadi kalau ‘pengurus’ sendiri tidak dapat hasil pulangan, bagaimana dia hendak bayar orang lain? Dari mana datangnya wang tersebut?

Ketiga, Swisscash meletup hanya di Malaysia dan Singapura. Tidakkah pelik dunia luar tidak pernah mendengar dana yang begitu hebat dan dikatakan diasaskan pada 1948?

Sebenarnya ada banyak hujah yang membuktikan Swisscash adalah scam tetapi tiga bukti ini sudah lebih daripada cukup untuk me­nyedarkan mereka yang mahu sedar.

Seperti dijangka, beberapa individu menyerang saya. Mereka kata saya silap, tidak faham keunikan Swisscash, ketinggalan zaman dan beberapa ayat yang tidak dapat dimasukkan dalam akhbar!

Untuk memendekkan cerita, Swisscash telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2007. Operasi Swisscash pun runtuh, dan ribuan ‘pelaburnya’ menanggung kerugian mencecah ratusan juta ringgit.

Keadaan reda seketika selepas itu. Tetapi tidak bertahan lama ke­rana dua tahun kemudian satu lagi scam - Genneva - muncul. Scam ini menggunakan emas sebagai topeng dan menjanjikan pulangan setinggi 36 peratus setahun.

Sekali lagi saya dihujani emel daripada mereka yang ingin tahu kesahihan Genneva. Saya menjawab ini adalah scam.

Apabila mereka bertanya bukti­nya, saya menjawab, “Adakah ma­suk akal yang Genneva boleh buat duit dengan menjual emas pada harga tertentu, memberikan pula­ngan tiga peratus setiap bulan kepada pembeli, dan memberikan semua wang pembelian itu balik kepada pembeli enam bulan kemudian?”

Apabila saya bertanya sedemikian, barulah mereka nampak akan ‘lubang-lubang’ dalam Genneva. Walaupun begitu, masih ramai yang terperangkap kerana desakan saudara dan rakan.

Genneva diserbu oleh polis dan BNM pada Oktober 2012 dan operasinya pun runtuh selepas itu. Seperti insiden Swisscash, ribuan ‘pelaburnya’ menanggung kerugian. Beberapa pengarah syarikat Genneva dan syarikat sekutu didakwa di mahkamah dan kes-kes masih dalam perbicaraan.

Mungkin kerana publisiti besar-besaran tentang Genneva, rakyat Malaysia lebih berhati-hati membuat pelaburan. Mereka tidak mahu tertipu lagi.

Namun pada 2014, scam baharu - Pegasus Bullion - pula timbul menggunakan emas sebagai penariknya dan beribu pejabat di China.

Saya dedahkan tentang Pegasus Bullion dalam akaun Facebook pada September tahun lepas dan dibaca sebanyak 76,000 kali dalam masa hanya tiga hari! Berbagai-bagai komen diberikan oleh pembaca. Ramai yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju.

Tidaklah menghairankan kerana mereka yang tidak bersetuju itu kebanyakannya ialah ‘pelabur’ dalam Pegasus Bullion. 

Mereka menuduh saya silap, tak faham keunikan Pegasus Bullion, ketinggalan zaman dan bermacam tuduhan yang sama seperti ‘pelabur’ Swisscash dulu.

Dipendekkan cerita, Pegasus Bullion menutup operasinya pada Januari 2015. Sekali lagi, ribuan ‘pelaburnya’ menanggung kerugian mencecah ratusan juta ringgit.

Selepas insiden itu, saya dedahkan pula skim-skim Emas ETA atau Emas Delay. Saya ceritakan dengan panjang lebar fakta-faktanya mengapa saya katakan skim tersebut songsang dan akan berkubur. Sekali lagi saya ‘diserang’!

Kemudian saya dedahkan pula UFun. Post itu menjadi viral sehingga melebihi 360,000 tontonan dalam masa empat hari. Seperti biasa, walaupun ramai pembaca yang bersetuju dengan hujah dikete­ngahkan, berpuluh-puluh ‘pelabur’ UFun telah menyerang saya. Ada juga yang maki hamun malah mencabar saya untuk berdebat.

Pada April 2015, Polis Thai menyerbu pejabat UFun di Bangkok. Serbuan dan tangkapan juga dibuat di seluruh Thailand pada hari-hari berikutnya. Lebih 100 orang ahli UFun dibicarakan dan kini meringkuk dalam penjara. 
Operasi UFun berkubur di Thailand, dan boleh dikatakan di semua negara di dunia.

Buat masa ini, pihak pengurusan UFun di Malaysia masih bebas. Mereka menutup operasi UFun, menukar nama kepada Unascos, dan sekarang ‘menjaja mimpi’ Initial Public Offer (IPO) pula!

Apa yang menyedihkan masih ramai rakyat Malaysia yang tidak serik-serik dengan skim ‘pelaburan’ yang pelik-pelik ini. 

Walaupun ba­nyak nama skim pelaburan tersebut tertera dalam senarai hitam BNM dan Suruhanjaya Sekuriti, bahkan pendedahan dibuat oleh pakar-pakar kewangan dan pelaburan, masih ramai yang tetap ‘melabur’.

Sampai bilakah kita akan tertipu? 

Kalau datuk kita dulu tertipu oleh skim Pak Man Telo, bapa kita tertipu oleh Swisscash, takkanlah kita nak kena tipu oleh scam-scam terkini pula?

PENULIS ialah penceramah dan perunding pelaburan terkenal di Malaysia yang boleh diikuti menerusi Facebook Fan Page Azizi Ali Mentor Wang.

P/S: TERKINI 2016: Scammer dulu gunakan gold sebagai asas penipuan kerana orang ramai percaya pada emas, sekarang mereka guna "BITCOIN" crypo-currency (matawang internet) pula sebagai asas penipuan kerana orang ramai percaya disebabkan ia sudah menjadi satu currency pada masa ini. Program atau skim ponzi / MLM dan pelbagai platform lagi yang direka oleh mereka untuk menipu dan disalahguna oleh mereka.


5 comments:

  1. Nak tanya.
    Swisscash betul menjanjikan pulangan. Dan saya dpt duit tu balik beserta commission.

    Kenapa swisscssh tak dibicarakan?
    Katanya duit rm100juta atau ada setengah berkata usd100juta di beku oleh kerajaan.

    Kenapa tiada penangkapan di buat?

    Saya dpt balik 30% duit swiscash yg dilaburkan..jadi ssisscash itu mmg benar.

    Soalan saya kembali..kenapa tak dakwa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah kena basuh otak, biol sampai ke tua.....aku nk ckp yg masuk skim pak man telo pon dapat duit lah, aku sendiri masuk genneva pon dapat duit, sempat keluarkan beratus2 gram emas sebelum BNM ambil tindakan, tapi akhirnya aku terkena pengasus billion dan emas hibah, abis semua lenyap...

      adakah ko nak ckp skim pak man telo dan genneva tu tidak scam???? dapat duit untung puluh ribu tak boleh jadi bukti skim itu scam atau tidak, kalau langsung tak dapat duit ko ingat ada org nak masuk, orang gila pon tak masuk klu tada sapa pon yang dapat dan emwah

      Delete
    2. Apa nak gaduh dan balah..masuk ker keluar ker untung rugi ker tak ada sapa yg paksa..suka hati memasing. Yg dapat pulangan rezeki..yg habis hanyut rugi..apa ada. Cuma kalau melabur rugi jgn bising-bising buat laporan. Polis dan bank negara serta penguatkuasa yg lain banyak keja lain nak buat, mereka ada undang-undang dan peraturan nak ikut. Serupa dgn skim juga ada peraturan..

      Delete
  2. Masa tu byk darikita yg masih bodoh ,internet pun baru berkembang,gadjet/I phone pun belum ada.Tak byk maklunat ttg penipuan in.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com