innity

pages

Wednesday, August 31, 2016

Perutusan Merdeka dari TS Muhyiddin: BERSATU Selamatkan Malaysia


BERSATU SELAMATKAN MALAYSIA

Hari ini genap 59 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Daripada sebuah negara bekas tanah jajahan yang miskin, Malaysia telah berjaya menjadi sebuah negara yang pesat membangun. Untuk selama beberapa dekad, Malaysia dikenali di seluruh dunia sebagai model sebuah negara membangun yang aman, stabil dan maju.

Namun, kini Malaysia berhadapan dengan suatu bencana yang amat membimbangkan

Ekonomi negara sedang menuju krisis. 

Rakyat bergelut dengan masalah ekonomi yang kian meruncing. 

Harga barangan keperluan harian semakin mahal, kos sara hidup kian meningkat, harga rumah terlalu mahal, pekebun kecil menderitai kemiskinan kerana kejatuhan harga getah dan kelapa sawit, peniaga gulung tikar, pekerja hilang pekerjaan dan mata pencarian, orang muda tiada pekerjaan, ibubapa terbeban dengan kos pendidikan anak-anak yang semakin meningkat, pelajar universiti tidak mendapat biasiswa kerana sumber kewangan kerajaan semakin terhad dan banyak lagi masalah lain yang dideritai oleh rakyat.

Tatkala rakyat sedang dihimpit oleh masalah kehidupan yang semakin rumit, khazanah negara tidak diurus dengan telus. 

Salah guna kuasa dan penyelewengan berleluasa. Aset dan wang negara dicuri dan dibelanja secara boros.

Malah, Perdana Menteri yang diamanahkan untuk menjaga khazanah negara dan membela kebajikan rakyat mencuri duit rakyat tanpa rasa bersalah walau sedikitpun. 

Beliau dan konco-konconya hidup mewah sedang rakyat menanggung beban. Malah, institusi-institusi penting negara dicabul dan kuasa yang ada di tangannya digunakan dengan angkuh semata-mata untuk menyelamatkan dirinya.

Apa yang berlaku di negara kita pada ketika ini bukanlah sesuatu yang didambakan oleh rakyat. Apa yang rakyat Malaysia mahu? Mereka mahu kenaikan harga barangan keperluan harian dibendung, pekerjaan dengan pendapatan yang mencukupi dan setimpal dengan kenaikan kos sara hidup, peluang-peluang pekerjaan baharu diwujudkan, tiada kutipan cukai yang membebankan, keselamatan diri dan keluarga terjamin, gejala rasuah diperangi habis-habisan, kemiskinan dihapuskan, kualiti pendidikan ditambah baik, kebebasan rakyat dipelihara, dan atas segalanya, mereka mahukan sebuah kerajaan yang jujur, amanah dan berintegriti.

Namun, apa yang berlaku hari ini amat mengecewakan harapan rakyat. Ekonomi negara tidak diurus dengan baik, kebajikan rakyat tidak terbela dan kerajaan dipimpin oleh seorang yang khianat dan pecah amanah.

Saya bimbang negara kita lambat laun akan terjerumus ke dalam gaung kemusnahan dan kegagalan sekiranya keadaan ini berterusan. 

Malaysia akan menjadi sebuah negara yang gagal dengan khazanah negara dirompak dan segala institusi kerajaan tidak lagi dapat bertungsi dengan baik kerana dirosakkan oleh pemimpin yang hanya mahu menyelamatkan dirinya sahaja, bukan membela kebajikan rakyat dan memelihara kepentingan negara. Ini adalah satu bencana besar yang kita tidak pernah terfikir akan menimpa Malaysia.

Sebagai rakyat sebuah negara yang merdeka dan cintakan negara, kita mahu Malaysia bangkit semula menjadi sebuah negara yang bermaruah dan dihormati oleh dunia. 

Justeru adalah menjadi hak dan kewajipan kita semua sebagai rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik untuk bersatu hati mengharungi cabaran getir ini secara bersama dan bangkit menyelamatkan Malaysia, tanah air kita yang tercinta.

Marilah kita bersatu selamatkan Malaysia dan bina masa depan yang lebih baik untuk semua.

Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-59.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

8 comments:

  1. Selamat Malaysia daripada Lanun Bugis dan penggosok2 pelir nya!!!

    ReplyDelete
  2. yiddin hehe
    idop ko lagi?

    ReplyDelete
  3. bersatu tentang DAP yg korup di PP dan PKR yg korup di Selangor ... tentang madey kutty, midin dan boboi dari Pribumi ... merdeka kan negara dari madey kutty dan kroni ... merdeka ! merdeka! merdeka !

    ReplyDelete
    Replies
    1. BERSATU TANGKAP MO1.
      Bye bye Umno .

      Delete
    2. Bersatu menentang umno yg korup diseluruh pelusuk tanah air yg tercinta.bersatu menentang jng jibo yg menabur fitnah dan maki hamun namun takut dengan bini di rumah.
      Merdeka

      Delete
  4. BORAK KENCANG,KOKOK BERDEGAR EKOR TERPALIT NAJIS SENDIRI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ITULAH MO1.
      TANGKAP MO1.

      Delete
    2. BRO... .TUMPANG TANYA.
      DUIT SRC 42 JUTA DAH PULANGKAN BALIK KE ?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com