innity

pages

Thursday, August 25, 2016

Pengerusi Tetap Wanita Umno, Suami, Anak Dibunuh Kejam

Pengerusi Tetap Wanita Umno Tangga Batu, Mariah Baahrom, suami dan anaknya ditemui mati dipercayai dibunuh dengan leher mereka dikelar dalam satu kejadian 'amuk' awal pagi ini.
Wanita berusia 62 tahun itu bersama suaminya Hassan A Wahab, 70 dan anak lelaki mereka Taufik 22, ditemui mati di Kampung Bertam Malim, Melaka, lapor versi dalam talian New Straits Times.


Sementara itu anak-anak perempuan pasangan itu Noraslinda, 27 dan Noraqida, 24 serta seorang wanita berusia 80 tahun cedera parah.
Dipercayai penyerang merupakan anggota keluarga berkenaan.
Lelaki berusia 26 tahun itu melarikan diri tetapi ditahan di perkarangan Masjid Bukit Rambai dalam jarak beberapa kilometer dari tempat kejadian kira-kira jam 11 pagi.
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh, lapor Bernama.
Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din dipetik berkata rumah tersebut didiami lapan penghuni dan salah seorang daripada mereka tidak berada di tempat kejadian kerana keluar bekerja.
Beliau berkata pihak polis mengesyaki suspek merupakan penagih dadah tegar dan motif pembunuhan masih disiasat.
Sementara itu seorang jiran mangsa, Norashikin Mohd Arifin, 30, berkata beliau terdengar suara orang meminta tolong dari rumah berkenaan pada pukul 6.30 pagi sebelum meminta seorang lagi jiran untuk memeriksa punca jeritan tersebut.
"Saya cepat-cepat telefon polis setelah mengetahui ada kejadian tidak diingini di rumah jiran saya itu.
"Keluarga itu tidak mempunyai masalah dengan jiran lain, mereka amat mesra dengan semua orang," katanya, lapor Bernama.

7 comments:

  1. Tanda awal pemvalasan untuk gang umno bn
    Bayor cash aje

    Lepas ni pok jib dapatla bayor cash dan konco kobconya

    KERIS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Busuk nya hati mu..
      org islam ke ni???

      Delete
    2. AKU DAH AGAK DAH..TENTU PUAK2 PEMAKAN BANGKAI NI AKAN BABITKAN TOK NAJIB.

      Delete
  2. Politik tak de kena mengena dlm pembunuhan ni, jgn le setiap malapetaka yg menitapa pada mangsa dikaitkan dgn politik. belajar le mematangkan fikiran sikit.

    ReplyDelete
  3. Tak baik semua kau borong org umno tu dgn politik. Dia ditimpa musibah, kenapa nak kait juga dgn politik. Ucaplah takziah. Org mcm kaulah yg senang dipengaruhi politik ekstrim. Musuh nak hancurkan negara kita ni suka orang mcm kau.

    ReplyDelete
  4. isu sultan johor murka pd tun m xnk siar kn ke?bila nk mohon maaf..hari tu bukan.main lagi suruh mp langkawi menghadap agong..

    ReplyDelete


  5. Pehal pulak nak ngadap sultan johor pulak. Dia tu sempurna sangat ke. Ini bukan zaman purbawara lagi la.


    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com