innity

pages

Wednesday, August 3, 2016

Penganalisa Politik, Prof Datuk Dr Samsu: Gelombang 4M mampu gugat BN


SHAH ALAM – BN berhadapan ancaman besar sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak diadakan pada tahun hadapan.

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, kelewatan PRU14 hanya akan memberi masa tambahan kepada gerakan yang diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengumpul kekuatan.

“Kalau PRU14 diadakan cepat, mungkin mereka tak sempat menyusun barisan dan BN akan mempunyai peluang yang tinggi. Tapi kalau 2017 tak berlaku PRU14 ini, maka gerakan ini akan menjadi lebih kuat kerana mereka memenangi isu nasional seperti 1MDB (1Malaysia Development Berhad),” katanya kepada Sinar Online.

Menurutnya, sekiranya gerakan tersebut mampu mencipta gelombang dengan faktor Mahathir, ancamannya lebih besar kepada BN.

“Jika Tan Sri Muhyiddin Yassin bergabung dengan Mahathir, Datuk Seri Mukhriz (Mahathir) dan Datuk Seri Mohd Shafie (Apdal) membentuk gelombang 4M, ia akan beri sumbangan perpecahan kepada parti yang stabil, Umno-BN sendiri.
“Jika masa mencukupi, Mahathir boleh mencipta gelombang itu. Cuma, sehingga kini masih belum nampak riak-riak gelombang lagi,” katanya.

Katanya, 1MDB sudah dijadikan peluru berbisa kepada BN di mana lama-kelamaan rakyat akan membina persepsi negatif kepada kerajaan.

“Jika Muhyiddin dapat menggerakkan isu itu, beliau juga akan beri bahaya yang besar kepada BN.

“Tapi kita dapat lihat komplikasi dalam gerakan Muhyiddin itu seolah-olah menepuk air di dulang memandangkan beliau asalnya orang kuat kerajaan yang mempertahankan dasar itu sebelumnya tapi kini selepas dipecat beliau dilihat memburukkan pula kerajaan sedia ada.
“Jadi, ini akan berlaku kontradiksi dengan perjuangan itu. Maknanya, kalau beliau nak bergerak, mesti mencari jalan tengah yang dibawa oleh gelombang 4M ini,” katanya.

Mengimbau dua pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebelum ini, beliau mengingatkan bahawa kemenangan besar BN itu gara-gara perpecahan pakatan pembangkang.

“Tapi dalam PRU14 ini, perpecahan berlaku dalam Umno. Ini beri risiko yang tinggi kepada Umno jika gelombang 4M ini berlaku. Orang yang protes kepimpinan dalam Umno ini akan sertai parti baharu.

“Tapi kalau parti baharu yang diasaskan Mahathir ini berlaku, bagaimanakah mereka ingin membahagikan kerusi? Tapi kalau 4M ini berjaya wujudkan strategi mereka sendiri untuk pembahagian kerusi, maka di sini mereka akan ada kelebihan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan pemimpin politik, rakyat yang tidak berpihak kepada mana-mana parti kebelakangan ini dilihat menjadi penentu kemenangan sesebuah parti dalam banyak pilihan raya.

14 comments:

  1. Yg jadi ahli umno 3.5 juta saja termasuk dari sabah.
    Pengundi ada 15 juta.
    go fly kite atok ko ?
    Hehdhe

    ReplyDelete
  2. Saman sivil ke atas reza axiz dan j low ditarik balik. Ya hoooo. . .
    Kah kah kah. ... .
    Sama jugak.
    Shell compny terlibat ke tidak.
    Kah kah kah.
    Go fly kite atokko.

    ReplyDelete
  3. Bang Samsu, muhyidin menyokong dulu kerana tujuannya mungkin dianggap ideanya 1MDB utk raih keuntungan utk negara dan dia sbgai TPM mesti tunjuk kesetiaan kpd PM.

    Tetapi bila bukti makin kuat menunjukkan penyelewengan maka dia menarik balik sokongan itu adalah perkara hebat yg muhyidin sudah lakukan. Belum terlambat utk menentang salah laku, malah niatnya berlipat kali ganda jauh baiknya berbanding pemimpin pengecut macam Zahid dan KJ. Muhyodin tau akibatnya bila melawan org yg sudah terlalu berkuasa dan dah tak.boleh lari dr tahinya. Dia akan pertahankan kesalahan dan akan balas dendam kpd org yg melawannya.

    Teruskan perjuangan! Kita paeelukan lebih ramai keberanian.

    ReplyDelete
  4. Bang Samsu, muhyidin menyokong dulu kerana tujuannya mungkin dianggap ideanya 1MDB utk raih keuntungan utk negara dan dia sbgai TPM mesti tunjuk kesetiaan kpd PM.

    Tetapi bila bukti makin kuat menunjukkan penyelewengan maka dia menarik balik sokongan itu adalah perkara hebat yg muhyidin sudah lakukan. Belum terlambat utk menentang salah laku, malah niatnya berlipat kali ganda jauh baiknya berbanding pemimpin pengecut macam Zahid dan KJ. Muhyodin tau akibatnya bila melawan org yg sudah terlalu berkuasa dan dah tak.boleh lari dr tahinya. Dia akan pertahankan kesalahan dan akan balas dendam kpd org yg melawannya.

    Teruskan perjuangan! Kita paeelukan lebih ramai keberanian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bang, penyelewengan yg mcm mana ye yg dah 1MDB lakukan? Nak kata duit RM. 2.6b tu duit 1MDB tak jugak. Kalau silap melabur tu mungkin strategi atau keputusan dan bekas CEO yg buat. Hutang2 1MDB pun rasanya dh settle. PAC pun kata tkde salah apa2 pun. Cer cerita skit. Kita tak mahu la bukti2 yg tak berapa nk konkrit ni dibentangkan. Segan la plak rasanya bila bercakap pasal bukti2 yg tak kukuh ni

      Delete
    2. Beli tanah milik negara yg berharga rm1k sekaki persegi pada harga 60 hengget ko kata bukan seleweng?jual janakuasa kat negara luar padahal dalam negara sendiri pun ada pengendali jana kuasa tu bukan seleweng?pinjam berbilion lepas tu x tau pergi ke mana, bukan seleweng?pindahan dana tanpa dirujuk pada lembaga pengarah 1MDB, ko kata bukan seleweng?nak salahkan CEO saja ke?kalo CEO buat keputusan pelaburan yang salah dah tu penasihat 1MDB tu buat apa?tido?ke sekadar jadi punahsihat?

      Delete
  5. Tun bila nk mintak maap ?
    Pasal doj dah batalkan saman pada reza aziz dgn j low ?
    Kah kah kah
    Siapa ini reza aziz dgn j low ?

    ReplyDelete
  6. Fuad zakar dah takut
    Nak doa selamatjan najib

    Hancur bn umno
    Tangkap dan penjara najib

    ReplyDelete
  7. TV tiga suku. Balaci dgn macai tak sekolah. Dia kata saman terhadap reza aziz dgn j low ditarik balik.
    Sama2 tak paham bahasa inggeris ?

    ReplyDelete
  8. Najib dan kroni pegang jawatan


    Semua perkara dihalakan

    Mane hak dan kebebasan

    mana hak dan kuasa rakyat?

    ReplyDelete
  9. Saya dah lama ikut analisis2 Prof Samsu ini.Kaji tamadun melayu tapi apa kah sumbangan atau cadangan beliau utk bangsa melayu ke arah bangsa yg maju yg di hormati di nusantara.Melayu hari ini dah nampak ke belakang minda cetek rendah peradaban yg di rosak oleh ulama2 dan ustaz2.Beliau hanya cakap cakap cakap tulis tulis tulis makan makan makan..DEDAK

    ReplyDelete
  10. Prof kangkung juga ni!! Bila masa yg TSM pertahankan 1MDB? Sedangkan TSM tak tau APA pun aktiviti IMDB Sejak awal lagi

    ReplyDelete
  11. Rakyat yang buta tuli biar
    Yang progresif teruskan gulibg najib
    Hancur bn umno

    Menteri cukai tersembunyi minyak
    Mb berlagak tetengganu konon ok
    Bung bodoh sapu bontot najib
    Noh omar gila surut pibg cari dana
    Fuad zakar buat doa dia dikuburkan
    Adun umno selangor bangang kevoh wetland paya indah

    Bn umno dah gila mereng tak keruan
    Semakin terdesak cari popular
    Raih simpati guna media
    Pesongkan rakyat

    *bantahan rakyat*
    *kempen tangkap najib*

    ReplyDelete
  12. Ala apa nak sibuk-sibuk..yg buat msalah biar dia org tanggung..kita tak tau perkara yg sebenar-benarnya..cuma baca dan dengar cakap jer..lg pun kita tak terlibat..aku pun tak ngundi.. dan tak pilih sapa-sapa pun..lantak dia org lah ..yg pasti buat baik dpt baik dan begitulah sebaliknya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com