innity

pages

Tuesday, August 9, 2016

Penganalisa Politik, Dr. Rusdi: Parti Baru Tun Mahathir BAKAL Mendapat Tempat DIHATI Rakyat


KOTA BHARU, Selasa – Penganalisis politik, Dr Rusdi Omar mengingatkan barisan pucuk pimpinan Barisan Nasional untuk tidak memandang rendah dengan keupayaan parti baharu yang dipimpin bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.
Beliau berkata, meskipun ada mengatakan parti baharu itu tidak akan kekal lama, tetapi jika mereka tekad dalam memperjuangkan hak Melayu dan Bumiputera, ia pasti mendapat tempat.
“Jika mereka mempunyai visi yang jelas menjaga kebajikan semua lapisan rakyat termasuk generasi muda, pasti ia akan memberi kesan di hati penyokong.
“Ia juga boleh membuat reformasi sistem politik dan pentadbiran negara supaya lebih telus dan terbuka selain bertanggungjawab kepada rakyat.
“Jika perkara itu dilakukan parti baru itu, ia boleh memberi kesan kepada BN dalam PRU14 nanti,” katanya seperti lapor Sinar Harian.
Parti baharu ini dijadualkan akan didaftarkan petang ini oleh Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Parti baharu itu dinamakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan nama singkatannya Bersatu. - ismaweb

5 comments:

  1. Pendapat dan kajian Dr. itu afa kebenaran. Mungkin ramai yg jadi ahli dan boleh menggugat umno. Apa untuk dan baiknya tubuh parti baru?..cuma untungnya akan berpecahlah undi melayu islam dlm apa pilihan raya. Saya rakyat marhain yg tidak pandai dan bijak dlm politik. Yg saya fikir hanya perpecahan undi, perselisihan faham, dengki mendengki antara pemimpin dgn pemimpin, rakyat dgn rakyat, rakyat dgn pemimpin serta tersebar fitnah memfitnah. Pemimpin bijak tapi ada kebodohannya. Dimana?..rela melihat satu bangsa dan satu agama berpecah kerana apa?.. dia orang tahu... sekadar tulisan dan pendapat..tiada kepentingan dan tujuan..buat lah apa yg anda suka buat begitu juga pemimpin sementara nafas masih ada..klu nafas dah terhenti tujuh anggita dah kaku tak boleh nak buat apa dah...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time ulama dahulu menubuhkan parti pas pon org melayu ada bg alasan yg sama jgk..klise sgt..kalau dah parti yg ada byk buat kebatilan n tak nak endah teguran nak buat apa lg? Garu teloq ja?

      Delete
    2. Sekali lalu ada benar juga cara pemikiran sdr.Saya juga dulu selalu cuba mempertahankan perpaduan bangsa ini.Tapi malangnya ada pihak2 yang tak pedui itu semua sebaliknya sentiasa memperalatkan nama bangsa untuk mengaut keuntungan duniawi demi kepentingan peribadi.Segala kebejatan dilakukan sewenang2nya dan kemudian menyorok di belakang nama perpaduan bangsa.

      Sampai bila kita yg mahaen ini terpaksa mencuci najis mereka yg berkuasa ini tinggalkan dengan menjadikan perpaduan bangsa sebagai perisai?

      Kalau nak bersatu tak semestinya dalam umno yg sudah rosak dan hancur dengan budaya politik wang dan perebutan jawatan untuk dapat projek.Tinggalkan parti yg korup masuklah ke dalam parti baru yg bersih.Tinggalkan juga puak2 yg sentiasa kebulur dengan habuan dan jawatan di dalam parti lama.Semudah itu.

      Delete
  2. Jumlah rakyat yg dah meluat dgn perangai UMNO dah terlalu ramai. Mrk mgkin mengambil sikap memerhati dhulu perkembangan parti baru ni. Sbb dah byk kali terkena dgn parti parti baru spt PKR dan PAN yg lebih berjuang utk pemimpin mrk bukan rakyat. Keikhlasan yg pernah kita nampak pada awal penubuhan parti parti di era semasa kemerdekaan sudah tak wujud lagi.
    Parti yg ditubuh kemudian ini kebykannya nak kuasa utk nafsu berkuasa dan hidup senang atau lepas drpd hukuman kesalahan.

    ReplyDelete
  3. Rakyat marah dengan kepimpinan umno yg ada sekarang, tamak harta dan wang adalah perjuangan mereka hari ini.

    Rakyat marah apabila kepentingan rakyat dilacurkan oleh kepimpinan hari ini.

    Rakyat marah apabila pemimpin mengangkat sumpah untuk memelihara kepentingan dan maruah rakyat dan negara sebaliknya merompak dan menyamun wang dan harta negara.

    Rakyat marah apabila apabila mereka ditindas.

    Apa guna br1m dan lain2 habuan jika hidup rakyat ditindas, sebagai perbandingan 22 tahun pentadbiran tun yg penuh dengan kebahagian dan kejayaan, maruah rakyat dan kegemilangan negara dihormati dan dijadikan contoh oleh negara lain.

    Mungkin prn sarawak prk k.kangsar dan sg besar digunakan oleh pencacai dan umno sebagai penanda aras, hakikatnya bolehkah dedak dan habuan ditabur diseluruh negara apabila tiba PRU
    nanti?

    Selagi ada najib sebagai pemerintah bersedialah umno dan bn ditumbangkan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com