innity

pages

Wednesday, August 10, 2016

[PAS AKAN SAMAN, BUKAN PENGECUT MACAM NAJIB] Datuk Mahfuz CABAR Sarawak Report TUNJUK BUKTI


PAS mencabar Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown untuk mendedahkan bukti apabila menuduh kepemimpinan parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, bagi membuktikan dakwaan itu, Brown perlu menunjukkan bukti penyaluran dana tersebut dan mendedahkan nombor akaun bank milik pemimpin PAS yang terlibat kepada umum.
“Saya masih tidak mempercayai laporan Sarawak Report yang menuduh PAS menerima derma RM90 juta daripada Perdana Menteri.
“Jika Sarawak Report boleh dedahkan (nama dan akaun), saya percaya pimpinan PAS tersebut akan bersedia memberi pencerahan dan penjelasan, sama ada ia derma politik Najib kepada PAS atau untuk individu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Mengulas lanjut beliau berkata, sekiranya Sarawak Report gagal mengemukakan bukti penyaluran dana itu, PAS tidak teragak-agak untuk menyaman media asing berkenaan.
PAS bukan penakut dan pengecut seperti Najib dan UMNO yang berulang kali kata nak ambil tindakan kepada Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report, sampai sekarang tiada tindakan diambil.
“Sebaliknya makin banyak pendedahan WSJ dan Sarawak Report yang meyakinkan rakyat tentang kecurian wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memang benar berlaku,” katanya.

3 comments:

  1. Mahfuz, me gaps pula kau suruh SR tunjuk bukti? Mereka bukan beranggungjawab kepada kau a tau kepada PAS. Bola sekarang breadaa di gelanggang se belah awak. Tak an nak biar pihak SR pengut mata tanpa berlawan. Tak kan nak dapatkan pencerahandari SR apa yang dimaksudkan mereka tentang tuduhan tersebut macam yang dibuat Najib kepada Wall Street Journal temporari, maaf tempohtahun yang lalu?. Kalau kau tak mau jadi dayus macam si biul yang kau perlecehkan itu, kau kan tahu apa satu satu tindakan yang kau perlu ambil. Tak Ada pilihan lain kan?

    ReplyDelete
  2. Semua sama jer biul..

    ReplyDelete
  3. “Sebaliknya makin banyak pendedahan WSJ dan Sarawak Report yang meyakinkan rakyat tentang kecurian wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memang benar berlaku,” katanya.

    Mahfuz sindir najib....dah tak kira lagi dah berapa hari selasa kena tunggu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com