innity

pages

Wednesday, August 24, 2016

[PARTI BERSATU FAKTOR UTAMA] Analisa: UMNO, BN jadi Pembangkang di Parlimen pada PRU14


NAJIB DAN KONCU TOMBANG...
BN HILANG UNDI...UMNO HILANG AHLI

Dalam pilihanraya umum 2013 lalu, BN menang 133 kerusi Parlimen, manakala Pakatan Rakyat 89 kerusi. Berdasarkan jumlah kerusi Parlimen sebanyak 222 keseluruhannya, majoriti mudah untuk membentuk kerajaan ialah 112 kerusi.

Bagaimanapun BN berjaya mengurangkan jumlah kerusi PR dengan menawan semula Teluk Intan dalam pilihanraya kecilnya yang menyaksikan Mah Siew Kong berjaya menewaskan Dyana Sofya daripada DAP.

Ini bermakna, Pakatan Harapan dicampur dengan BERSATU yang diinisiatifkan penubuhannya oleh Tun Mahahir Mohamad dan diketuai oleh Muhyiddin Yassin, hanya memerlukan kurang daripada 25 kerusi saja lagi untuk menumbangkan BN dalam pilihanraya akan datang.

Jika diandaikan semua kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Harapan sekarang ini mampu dikekalkan kerana kedudukannya di kawasan bandar, separa bandar atau disebabkan faktor pengundi bukan Melayu yang agak ramai, selain Pas juga berjaya mengekalkan kerusi mereka di Kelantan, Terengganu dan Kedah, sasaran 25 kerusi yang ingin dimenangi itu sudah tentu yang merupakan kerusi yang sekarang dipegang oleh UMNO.

Bermakna, wujudnya BERSATU tidak lain ialah untuk menawan sebanyak mungkin daripada 88 kerusi Parlimen yang sedang dikuasai UMNO.

Jika dilihat, sama ada diperbualan harian dalam masyarakat atau di media sosial, sambutan rakyat terhadap kewujudan BERSATU amat positif dan memberangsangkan. Logo bunga raya bertebaran digunakan di media sosial sebagai gambar profil tanpa rasa bimbang dan takut.

Setelah pemimpin-pemimpin UMNO memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap ahli-ahlinya yang mempromosikan parti baru itu atau memintanya keluar secara sukarela, ia sebaliknya dibalas dengan gesaan agar BERSATU diluluskan segera pendaftarannya supaya perpindahan keahlian secara sah dapat dilakukan.

Ahli-ahli UMNO yang menolak dan membenci Najib serta vokal dalam pendirian mereka pasti akan keluar parti dan menyertai BERSATU sebaik ia diluluskan nanti. Mereka hanya menunggu masanya saja, bahkan ada yang sedang giat berkempen mengajak kawan-kawan dan keluarga untuk turut serta menjadi ahli BERSATU.

Golongan ini tentu saja tidak lagi mengundi BN dalam pilihanraya akan datang.

Mereka yang membenci Najib secara diam, tetapi masih sayang UMNO, ramai di antaranya tidak mahu lagi memberi undi kepada BN kerana percaya ia hanya akan membantu Najib untuk terus berkuasa. Berkuasanya Najib, bagi mereka, hanya akan mengekalkan atau menambah kecelaruan sedia ada.

Mereka ini lebih rela UMNO kalah atau hilang kuasa buat sepenggal dua daripada melihat Najib terus menjadi Perdana Menteri. Mereka juga percaya, setelah UMNO kalah dan majoriti pemimpin-pemimpin yang ada mengundurkan diri, kehadiran muka-muka baru akan menjadikan parti itu mampu bangkit semula dengan lebih dihormati selepas itu.

Terdapat juga ramai ahli UMNO yang sekarang ini menjadi pasif berikutan skandal kewangan dan pelbagai masalah yang dicetuskan oleh kepimpinan Najib. Mereka tidak mahu ambil tahu apa-apa tentang UMNO, tidak hadir program atau mesyuarat UMNO, bahkan berikrar tidak mahu turun mengundi dalam pilihanraya akan datang.

Golongan ini berpotensi mengurangkan jumlah undi UMNO dalam pilihanraya akan datang. Mereka ini bukan saja tidak mahu Najib terus kekal, bahkan tidak akan aktif dalam UMNO selagi suami Rosmah menjadi Perdana Menteri.

Itu belum dikira lagi jumlah pengundi atas pagar, golongan muda dan mereka yang tidak memihak kepada mana-mana parti yang akan berubah pendirian berikutan kebencian, rasa meluat dan menolak kepimpinan Najib berikutan cerita-cerita di media sosial yang tak berkesudahan.

Dalam hal ini, kewujudan BERSATU memang memberi kelebihan kepada perubahan yang ingin dilakukan. Dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 2014, Muhyiddin pernah mengingatkan bahawa perubahan sebanyak dua peratus saja pengundi yang beralih kepada pembangkang akan menyebabkan BN kehilangan kuasanya.

Dengan Tun Mahathir, Muhyiddin, Shafie Apdal dan Mukhriz sudah meninggalkan UMNO, tidak saja usaha mengurangkan 25 kerusi UMNO itu menjadi lebih mudah, malahan perubahan pengundi yang beralih juga mungkin melebihi dua peratus.

Selain BERSATU berupaya mengurangkan jumlah keahlian UMNO, ia juga paling berpotensi menyebabkan BN kehilangan banyak undi. Dengan hanya kurang 25 kerusi untuk mengalahkan BN, apa yang perlu bagi Pakatan Harapan, BERSATU dan Pas ialah memupuk persefahaman sebaik mungkin mulai sekarang.

Ini kerana, tidak mustahil kelulusan BERSATU akan dilengah-lengahkan atau PRU 14 akan diawalkan sebelum BERSATU diberi kelulusan.

3 comments:

  1. Apa yg menarik tentang parti BERSATU adalah;

    1.Ahli dan pemimpin bersumpah tidak korup
    2.presiden hanya boleh pegang kuasa tiga penggal (kalau boleh 2 penggal aje)
    3.bersikap adil terhadap semua kaum tanpa menjual dan memperjudikan nasib kaum bumiputra.
    4.tidak seperti najib yg terbukti menjual segala galanya... seperti maruah agama bangsa serta harta dan aset negara.(maksudnya, br1m tetap diberikan kepada golongan nemerlukan dan berusaha mencari rezeki adalah tuntutan islam)
    4.kuasa DAN kebajikan rakyat diutamakan!

    Best kan parti BERSATU ni....

    ReplyDelete
  2. BR1M dpt LG tk nanti...tanya aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. BONUS KTA DAPAT 3 BULAN GAJI KE? SAJOR NOK TAHU.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com