innity

pages

Friday, August 5, 2016

Parti Baharu: Pengerusi - Tun Mahathir, Presiden - TS Muhyiddin, Setiausaha - Kamarul, Bendahari - DS Mukhriz



Berikut adalah fakta awal/tentatif yang saya dengar dan pelajari mengenai parti itu:

1. Permohonan pendaftaran kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) akan dibuat secara atas talian (online) seawal hari ini dan dokumen sokongan akan dihantar secara peribadi pada hari Isnin.

2. Jawatankuasa penaja terdiri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad (Pengerusi/chairman), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (Presiden), Kamarul Azman Habibur Rahman (Setiausaha) dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Bendahari). Ahli jawatankuasa terdiri daripada Anina Saadudin,Akhramsyah Sanusi dan Syed Saddiq Abdul Rahman.

Ahli jawatankuasa penaja parti warisan peribumi

3. Ia adalah parti Melayu/Bumiputera (peribumi).

4. Ia bermatlamat mewarisi, meneruskan dan memperbaharui perjuangan Melayu/Bumiputera dalam era globalisasi, reformasi, ketelusan dan keterbukaan.

5. Ia akan bekerjasama secara terangkum (inclusive) dengan parti-parti politik yang kini menentang Barisan Nasional. Perbincangan awal telah pun dimulakan.

6. Ia akan memasukkan ke dalam perlembagaannya ikrar berkaitan reformasi sistem politik dan pentadbiran negara, ketelusan, kebertanggungjawaban dan pencegahan rasuah serta mengehadkan tempoh pemegangan jawatan parti.

7. Ia berhasrat menggabungkan perjuangan dan pengalaman generasi lama dengan aspirasi dan kecerdasan minda generasi baru.

NOTA Kaki: Akhbar Sinar Harian melaporkan dari Kangar pada 4 Ogos bahawa usaha menubuhkan parti baru akan diberi kelulusan segera sekiranya semua syarat dipenuhi, kata Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya beliau tiada masalah untuk meluluskan permohonan membentuk parti politik baru itu.

Wallahuaklam.

3 comments:

  1. count me and family as party members

    ReplyDelete
  2. Masukkan saya dlm parti baru ni..

    ReplyDelete
  3. Party puaka,,pengerusi perrasuah,salah guna kuasa,Perident,,kaki goda Bini orang,,Bendahari,,bekas mb anak rasuah.Party Pendehaka Melayu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com