innity

pages

Sunday, August 14, 2016

NAJIB GELABAH SALAH LAKU DIDEDAHKAN, fikir cara putar belit tipu rakyat: Tun M


“Seperti biasa Najib gelabah apabila kenyataan benar berkenaan salah laku olehnya didedah,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.
Keadaan itu, kata beliau berlaku selepas pendedahan dibuat oleh Jabatan kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan salah guna wang oleh keluarga dan rakan Datuk Seri Najib Razak dan oleh “Malaysian Official 1” yang semua tahu ialah Perdana Menteri sendiri.
Berikutan pendedahan-pendedahan yang dibuat itu, katanya, Najib dan konco-konconya memikir cara untuk memutar belit fakta yang didedah itu supaya rakyat Malaysia tertipu.
“Kali ini kenyataan oleh DoJ dituduh sebagai usaha campur tangan dalam urusan negara Malaysia.
“Apakah Amerika Syarikat yang begitu menghargai dasar Najib terhadapnya dan persahabatan Najib dengan Presiden Obama, berhasrat untuk menjatuhkan Najib. Mereka perlukan Najib menandatangani TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik). Untuk menjatuh banyak cara yang boleh diguna seperti yang kita lihat di Timur Tengah,” katanya.
Menulis dalam blog beliau hari ini, Tun Dr Mahathir berkata, apa yang sebenarnya berlaku ialah pencabulan undang-undang Amerika oleh keluarga Najib, kawannya dan ‘Malaysian Official 1’.
“Money laundering (pembersihan wang haram) sudah ditakrif sebagi jenayah di kebanyakan negara. Ini disebabkan pendapatan daripada mencuri dan dagangan dadah sering dibawa ke negara lain untuk dibelanja.
“Kemasukan wang ke mana-mana negara (termasuk Malaysia) akan diperiksa untuk menentukan punca wang itu. Jika wang itu halal sekalipun cukai pendapatan perlu dibayar. Jika punca wang berkenaan tidak dapat disahkan halal, iaitu ia mungkin dicuri atau berpunca daripada dagangan haram ia akan dirampas oleh pegawai negara berkenaan,” katanya.
Tun Dr Mahathir berkata, berbilion dolar yang dibelanja oleh Riza Aziz (anak datin Seri Rosmah Mansor), Jho Low mengguna wang dari bank Amerika, membiaya pembelian hartanah dan lukisan di Amerika, membayar hutang judi dan pengeluaran filem lucah Wolf of Wall Street.
“Oleh kerana wang haram dibawa masuk ke Amerika mengguna bank Amerika dan dibelanja di sana maka ia melanggar undang-undang Amerika.
“Negara itu berhak mengambil tindakan undang-undang negaranya seperti Malaysia juga berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap orang asing yang melakukan jenayah di Malaysia. Jenayah oleh orang asing tidak dikecualikan dari undang-undang mana-mana negara.
“Untuk elak dari barangan yang dibeli dengan duit haram dihilangkan, DOJ mengambil tindakan sivil bagi merampas barangan yang dibeli oleh Riza dan Jho Low. Kemudian baru mereka akan dituduh bawah undang-undang jenayah,” katanya.
Beliau berkata, media di AS tidak boleh disekat sebagaimana yang berlaku di Malaysia.
Katanya, tuntutan media supaya didedah segala urusan pemerintah tidak boleh diketepikan dan dalam kes yang diketahui seluruh dunia seperti penyelewengan 1MDB oleh Najib, tidak ada kemungkinan DoJ rahsiakan maklumat yang ada pada mereka.
“Jenayah Najib di Malaysia boleh dirahsiakan secara haram. Tetapi janganlah harap negara asing akan rahsiakan jenayah yang dilakukan di negara mereka oleh kita. Jika pendedahan ini boleh mempengaruhi sikap rakyat terhadap kerajaan Najib, yang salah ialah Najib. Kenapa cuba guna duit haram di Amerika.
Duit haram yang banyak tidak boleh disembunyi. Duit sebegitu banyak tidak boleh diurus tanpa diketahui oleh orang, tanpa catitan dalam buku dan dokumen. Jika disimpan di Malaysia pun, akhirnya akan diketahui orang juga. Yang haram tetap haram,” katanya. - ismaweb

6 comments:

  1. Bagus tun m..idea ini boleh diguna cerita kepada makcik kampung dan felda...selama ini najib rasuah duit haram..haram la makcik amik..

    Amin..syulur tun m..moga allah beri jalan pada rakyat yang mahu afil integriti progresif

    *guling najib*

    ReplyDelete
  2. Amin syukur tun m.
    Betulah.
    Tak perlu gelabah. Cakap merapu termasuk macai umno bn

    Dedahkan 1mdb
    Src
    2.6billion
    Altantulya
    Kevin morais
    Pengerusi ambank

    Adun pulau manis
    Undi pos..

    *bubar umno bn*
    *guling najib*

    ReplyDelete
    Replies
    1. PENGANUT TEGAR KITAB S.REPOT SDANG MERATIB

      Delete
    2. AnonymousAugust 14, 2016 at 9:15 PM
      Adalah setan iMDB yg sedang terbakar.. ha ha

      Delete
    3. MACAI DAN BALACI PENDEDAK MACAM DH HILANG AKAL MENGHADAPAI BERSATU.
      KEKAL LAH KAMU SEPERTI LEMBU DICUCUK HIDUNG.
      HAK RAKYAT MEMILIH TIDAK BOLEH DINAFIKAN.

      Delete
  3. Tak sabar nk jd ahli bersatu.
    Bye bye umno.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com