innity

pages

Monday, August 8, 2016

(NAJIB GAGAL, BERANIKAH PAS SAMAN) Sarawak Report tuduh pemimpin Pas TERIMA RM90juta dari Najib


Tulisan Tuan Ibrahim
Timbalan Presiden Pas:

Nampaknya agenda untuk terus-menerus mengaitkan PAS dengan Umno terus berlaku.

Hari ini, Sarawak Report berbohong kononnya pimpinan tertinggi PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini selain hendak menggaitkan PAS dengan Umno.

Apapun, PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan tersebut yang mempunyai niat jahat dan mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan PAS.

PAS ingin menegaskan bahawa berita tersebut adalah palsu dan berniat jahat.

Tindakan memfitnah PAS ini menjejaskan dengan teruk kepercayaan orang ramai kepada semua laporan mereka selama ini.

Selaras dengan sabda Rasulullah SAW bermaksud, "Sesungguhnya fitnah itu sedang tidur, Allah melaknat sesiapa yang mengejutkannya", saya menggesa agar orang ramai agar menjauhi fitnah dan elak menyebarkan sebarang berita yang berbentuk fitnah, terutamanya laporan Sarawak Report terbaru ini.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
5 Zulkaedah 1437 / 8 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 8/8/2016

6 comments:

  1. Saman jelah... jangan tunggu setiap rabu pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak je yg tercicir dari senarai BRIM NAJIB..yg lain semua dpt...tanya tantawi tanya abdoh tanya ady tanya yg dok mewah dgn kereta hebat ti..kaly harap pas...melepas,le brim

      Delete
  2. Dia nak saman pada hari sabtu...siap tunggu depan court aelepas subuh lagi.

    ReplyDelete
  3. semenjak dua menjak ni memang tindak tanduk Presiden PAS sgt 'mesra' dgn BN..sudak makan dedak beb..

    ReplyDelete
  4. Jangan PAS pun tiru Najib tunggu berdozen dozen hari selasa baru nak saman,sudah lah

    ReplyDelete
  5. Tok payah bermain dgn hadith tu pak Beraim! Saman dulu! Dah saman Dan menang baru keluar kan hadith tu.Baru orang respect!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com