innity

pages

Monday, August 8, 2016

Nafi terima RM90 juta: PAS akan saman Sarawak Report


Oleh Athirah Huda Zalhe
BANGI, Isnin – PAS menafikan laporan Sarawak Report yang mendakwa kepemimpinan parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menyifatkan ia sebagai fitnah, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tuduhan itu secara tidak langsung akan menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap semua laporan akhbar berkenaan.
“Hari ini, Sarawak Report berbohong kononnya pimpinan tertinggi PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Tidak pasti apa matlamat fitnah laporan Sarawak Report ini selain hendak menggaitkan PAS dengan UMNO,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, Tuan Ibrahim berkata, PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan itu yang disifatkan mencemar nama baik parti berkenaan.
“PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan tersebut yang mempunyai niat jahat dan mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan PAS.
“PAS ingin menegaskan bahawa berita tersebut adalah palsu dan berniat jahat,” katanya.
Sebelum ini, Sarawak Report mendakwa Najib cuba mengambil peluang perselisihan dalam kalangan pembangkang dengan mengambil hati pemimpin atasan PAS.
“Beliau cuba menjauhkan parti Islam PAS daripada pakatan pembangkang dengan cara biasa beliau – RM90 juta dipercayai mengalir masuk ke dalam pimpinan tertinggi PAS sejak beberapa bulan ini (veteran BN akan menganggap ia harga yang murah),” kata laporan itu. - ismaweb

1 comment:

  1. Kecek saja .. biasanya.. kalau najib .. hari srlasa ..ni ..Tuan Ibrahim .. mungkin hari RABU kot ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com