innity

pages

Monday, August 8, 2016

[MUNDUR KEBELAKANG] Sarawak Paksa Petronas HANYA Ambil Pekerja Rakyat Sarawak


Petronas tidak lagi akan boleh mengambil warga negara Malaysia dari luar Sarawak untuk mengisi pekerjaan di negeri itu selepas kerajaan negeri menghentikan pengeluaran permit kerja baru.
Menurut akhbar The Borneo Post, keputusan berkenaan diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri Douglas Uggah Embas.
"Moratorium kerajaan negeri ini berkuatkuasa serta-merta bagi semua permohonan permit kerja baru untuk kakitangan Petronas dari luar Sarawak yang berhasrat bekerja di Sarawak," katanya yang dipetik akhbar itu.
Douglas berkata, kerajaan negeri telah meminta penjelasan dari Petronas dan syarikat minyak itu berkata pemberhentian pekerja adalah sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan kos.
Beliau berkata kerajaan negeri sedang menunggu laporan terperinci daripada Petronas mengenai jumlah anak Sarawak yang bekerja dengan syarikat minyak berkenaan di negeri itu.
Langkah itu berikutan aduan bahawa Petronas menamatkan perkhidmatan rakyat Sarawak daripada operasinya di negeri itu walaupun jumlah rakyat tempatan sudah cukup rendah.
Badan pemikir Sarawak, Suarah Petroleum Group (SPG) mendakwa hanya 39 peratus daripada jawatan pengurusan dan 46 peratus daripada jawatan eksekutif dalam operasi Petronas Sarawak dipenuhi oleh rakyat Sarawak.
Ini mendorong desakan untuk campur tangan kerajaan, dengan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen mencadangkan bahawa kerajaan negeri membatalkan permit kerja rakyat dari Semenanjung yang bekerja dengan Petronas di Sarawak, sehingga jumlah rakyat Sarawak dinaikkan hingga 70 peratus.
Jika ini dilaksanakan, ramai penduduk di Semenanjung Malaysia yang bekerja dengan Petronas Sarawak akan kehilangan pekerjaan mereka. - MK

1 comment:

  1. Bagusla..kasi ajar budak2 Kelate..

    Banyak sombong, bukan bijak tp puok2 demo tulong..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com