innity

pages

Thursday, August 4, 2016

Muhyiddin presiden parti baharu, fokus Bumiputera

Dua bekas pemimpin Umno hari ini mengesahkan penubuhan jawatankuasa penaja (protem) parti baharu semalam, dengan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden parti bersama enam lagi bekas pemimpin Umno lain.
“Fokus parti baharu ini adalah kepada bumiputera, malah nama parti juga sudah ditetapkan cuma tunggu pengumuma rasmi nanti,” kata bekas ahli Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin, yang turut serta dalam perbincangan tiga jam malam semalam di kediaman Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perbincangan itu bersetuju Dr Mahathir dilantik pengerusi, dan Kamarulzaman Habbibur Rahman sebagai setiausaha.
Selain Anina, tiga lain ialah bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid dan aktivis pelajar Syed Saddiq Abdul Rahman.
Bercakap kepada FMT, Anina berkata tujuh nama dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai proses awal sebelum jawatankuasa penuh parti dibentuk selepas pendaftaran diluluskan.
Sementara itu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang turut serta dalam mesyuarat semalam, berkata pendaftaran parti akan dilakukan dalam masa terdekat.
“Inilah yang penyokong setia sedang menunggu dan kini ianya mula bergerak secara rasmi,” katanya ketika dihubungi FMT. - FMT

4 comments:

  1. Buat pendaftaran ahli secara online...hidup tun..

    ReplyDelete
  2. saya dan 5 keluarga terdekat akan masuk parti baru ini

    ReplyDelete
  3. Janji Bukan UMNO Bukan DAP Bukan PKR Bukan Amanah, saya akan sokong

    ReplyDelete
  4. Buat lh ape ko nak buat.....ade ku kesah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com