innity

pages

Thursday, August 4, 2016

Mesyuarat TUBUH Parti Baru Malam Tadi: TS Muhyiddin akan Kemuka Permohonan kepada ROS


Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengenai penubuhan parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Muhyiddin berkata, mesyuarat mengenai penubuhan parti baharu itu diadakan di kediaman bekas perdana menteri pada Rabu malam.
"Alhamdulillah. Mesyuarat penubuhan parti baru di kediaman Dr Mahathir malam tadi berlangsung dengan sempurna. 
"Saya akan menyerahkan permohonan untuk mendaftar parti baru ini kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan dalam masa terdekat," katanya menerusi posting di akaun Facebooknya pada Khamis.

Menurut Muhyiddin, beliau berharap agar permohonan tersebut diluluskan.
"Sama-samalah kita berdoa semoga permohonan ini akan diluluskan. InsyaAllah, kita akan lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara," katanya.
Posting tersebut turut memuat naik beberapa gambar mesyuarat yang dihadiri Dr Mahathir, bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; aktivis, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; bekas anggota Wanita Umno Langkawi, Ainina Saaduddin; Ketua Umno Cawangan Telok Kemang yang dipecat, Kamarul Azman Habibur Rahman dan Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, anak lelaki kepada veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid.

6 comments:

  1. Saya dah tak sabar nak daftar jadi ahli parti baru ni

    ReplyDelete
  2. Kami sekeluarga akan menjadi ahli.
    Bye bye umno.

    ReplyDelete
  3. Saya pun nak jadi ahli....termasuk family.

    ReplyDelete
  4. Malaysia bermaruah n bergerak kehadapan Tampa umno....hidup melayu tampa umno.. Mati Melayu kerna umno(untuk mohd Najib only)...

    ReplyDelete
  5. Malaysia bermaruah n bergerak kehadapan Tampa umno....hidup melayu tampa umno.. Mati Melayu kerna umno(untuk mohd Najib only)...

    ReplyDelete
  6. Saya org tepen...comfirm akan jadi ahli...ramai yg menunggu tun di taiping....kami org tepen tetap sokong tun dan penubuhan wadah perjuangan baru ini...semuga allah swt bersama kita..insyaallah...tun pernah berucap du taipibg selepas bersara....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com