innity

pages

Tuesday, August 23, 2016

Menteri Kewangan II, DS Johari : "Siapa yang tidak suka Tun M? Saya produknya"


Sinar Harian melaporkan bahawa ketika kesetiaan pimpinan Umno menjadi tumpuan selepas bekas pemimpinnya menubuhkan parti lain, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyatakan ikrar taat setianya kepada parti meskipun beliau penyokong kuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir bersama bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menubuhkan parti baharu, Parti Peribumi Bersatu (Bersatu) yang masih dalam proses pendaftaran dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Dalam ucapan sama, Johari mendedahkan beliau merupakan produk kepimpinan Mahathir sehingga berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.

“Siapa yang tidak suka Tun Mahathir? Saya salah seorang daripada produknya kerana kepimpinan beliau membolehkan saya melanjutkan pelajaran ke luar negara sehingga saya menjadi seorang akauntan bertauliah supaya dapat berbakti kepada rakyat,” katanya. - SH


9 comments:

  1. Kes naya melindungi pencuri di kira berbakti......UMNO, MELAYU AGAMA tergadai sudah semua....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan melindungi pencuri, kita tak tau dan tidak terbukti dan kesalahan belum dijatuhkan oleh sebarang mahkamah dunia..mcm mana nak ksta sipolan-sipolan mencuri. Jgn main sedap mulut tuduh org mencuri. Tak ada apa yg tergadai..kku tergadai pun kita rugi ker? Bagi aku tak untung dan tak rugi apa-apa.

      Delete
    2. Dia cuma menjaga periok nasiknya sahaja.

      Delete


    3. Patutlah di Malaysia ni lanun, perompak, pencuri, penyangak, perasuah, samseng, pembunuh semuanya boleh bermaharajalela sebab adanya orang yang bersikap macam anon 10.15 ini.

      Hancusss negara ni.


      Delete
  2. Johari dah makan dedak pok jib lari la
    Otak lembu cucuk hidung
    KERIS

    ReplyDelete
  3. Bapak Najib ckp "don't cross the line" hehehe..

    ReplyDelete
  4. Melayu umno cakap tarak serupa bikin ..kalu dah kaya raya baru lepaskan krusi..

    ReplyDelete
  5. Joe dah baca game. Boss dia ni dia tau tak kekal lama. Baik cari jalan nak hidup dulu. Dia ni byk business dari politik. Semoga nama kekal joe slm regim baru nanti

    ReplyDelete
  6. Anon 23 August 7.55 pm. Anda tidak boleh menuduh sebegitu. Terlalu cetek pengetahuan anda, negara kita masih terkawal kegiatan jenayah jika dibandingkan dgn negara lain spt Thailand dan indonesia dan setengah negara barat. Sedikit sangat kegiatan jenayah dinegara kita. Jgn cakap ikut sedap mulut..apa sumbangan anda dan keluarga anda kpd negara..berapa ramai keluarga anda jadi askar dan polis sejak sebelum merdeka hingga kini. kalau tak ada darah pahlawan jgn lah cakap pasal jenayah dan penghapusan jenayah. Anda ingat senang ker..cakap senang..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com