innity

pages

Monday, August 8, 2016

Menteri JPM Rahman Dahlan: Hanya orang bodoh tak tahu siapa MO1, cuma Najib tidak Dinamakan kerana tidak sebahagian siasatan


Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata adlah bukan rahsia mengenai siapa Malaysian Official 1 (MO1) yang disebut dalam saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.
Setiap orang yang membaca dokumen-dokumen mahkamah atau mengetahui isu berkenaan akan tahu siapa orang yang sedang dirujuk, katanya.
Beliau diminta mengulas mengenai identiti MO1 kerana sesetengah pihak mendakwa MO1, yang disebut 36 kali dalam dokumen mahkamah DOJ, sebenarnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Tidak ada misteri tentang Malaysian Official 1, hanya orang bodoh tidak tahu siapa orang itu," katanya pada sidang akhbar, sambil menambah mereka yang sudah biasa dengan isu itu dan membaca dokumen mahkamah akan tahu siapa yang MO1.
"Soalan yang paling penting ialah mengapa mereka meletakkan Malaysian Official 1 (dalam kertas mahkamah dan bukannya terus menamakannya)?
"Malaysiakini tak tanya, mereka hanya tanya siapa MO1. Mengapa mereka (DOJ) tidak menamakan dia tetapi nama MO1 ...?
"Sebab mengapa orang itu tidak dinamakan sebagai Najib adalah kerana beliau tidak terlibat atau sebahagian daripada siasatan," katanya.
DOJ hanya menggunakan ini bagi merujuk mengenai seseorang kerana menamakan beliau tidak akan berlaku adil kepadanya, katanya.
"Ini sebenarnya satu petunjuk bahawa Najib bukan di kalangan orang-orang yang disiasat," katanya.
"Mereka menggunakan nama samaran kerana Najib bukan sebahagian daripada siasatan dan ini adalah satu perkara yang baik," katanya.
Rahman, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata demikian selepas merasmikan perhimpunan agung tahunan Umno bahagian Kepong malam tadi. - MK

4 comments:

  1. Berbelit lah kau ... Mcm keling. Kenapa kau pun tak sebut siapa MO1 kalu kau pandai sgt?

    ReplyDelete
  2. Macam pernah ayat ni..dulu ayat lebih begini.."hanya orang bodoh yang nak guna akaun peribadi.."pastu ada orang bodoh tu mengaku memang ada duit banyak masuk akaun peribadi dia...

    ReplyDelete
  3. dia ni saja je putar belit..US kan ada hubungan diplomatik ngn malaysia,dah tentulah dia xkan dedahkan siapa MO1 tu sebab kedudukan MO1 sebagai pegawai tertinggi kerajaan.Mana2 negara pun akan buat perkara yang sama mcm DOJ US ni atas sebab hubungan diplomatik..

    ReplyDelete
  4. TOLOL BERTINGKAT2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com