innity

pages

Tuesday, August 9, 2016

[MCA CINA KAFIR BUTA] MCA tak baca kajian ilmiah bukti syarikat Cina diskriminasi Melayu, kata Ridhuan Tee

Oleh Siti Fatimah Ishak
BANGI, Selasa – Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah memberitahu beliau terkejut dengan kenyataan seorang pemimpin parti perkauman MCA yang menafikan berlakunya diskriminasi terhadap orang Melayu oleh syarikat Cina.
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Koh Chin Han semalam menyifatkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman sebagai ‘mengarut’ apabila mendakwa syarikat-syarikat Cina lebih perkauman daripada UMNO kerana tidak mengambil pekerja Melayu.
Dalam satu kenyataan kepada Ismaweb hari ini, Ridhuan Tee mendatangkan beberapa kajian ilmiah sebagai bukti seperti yang diminta oleh Koh Chin Han daripada Datuk Tajuddin.
“Ini dia buktinya. Apakah beliau (Chin Han) tidak mengkaji atau sekurang-kurangnya membaca kajian yang dibuat oleh sarjana tempatan yang telah saya ulas dengan panjang lebar pada akhir 2012 yang lalu?
“(Kajian) mendapati bahawa ramai graduan baru Cina lebih mudah dipanggil untuk temu duga dan mendapat pekerjaan, berbanding dengan orang Melayu,” katanya.
“Menurut kajian itu, faktor kaum lebih diutamakan berbanding kualiti pendidikan dengan siswazah kaum Cina lebih berkemungkinan untuk dipanggil temu duga berbanding kaum Melayu yang merupakan penduduk teramai di negara ini.
“Syarikat yang dimiliki oleh kaum Cina dan pihak asing lebih mengutamakan graduan kaum Cina untuk bekerja dengan mereka.
“Hasil kajian tersebut, daripada 3,012 resume yang dihantar untuk 753 pekerjaan kepada syarikat terbabit, orang Melayu hanya mempunyai 4.2 peratus peluang untuk dipanggil menghadiri temu duga.
“Berbanding orang Cina mempunyai sebanyak 22.1 peratus peluang walaupun mereka mempunyai kelulusan setara dan lepasan universiti sama dengan orang Melayu.
“Kajian itu melibatkan 439 jawatan kosong di syarikat yang dimiliki kaum Cina, 131 jawatan di syarikat milik asing dan 73 jawatan di syarikat milik Melayu dan selebihnya di syarikat yang dimiliki secara bersama oleh pelbagai kaum.
“Ringkasnya, siswazah kaum Cina mempunyai lima kali lebih kemungkinan untuk dipanggil temu duga berbanding siswazah Melayu.
“Kajian itu melibatkan siswazah yang baru menamatkan pengajian daripada Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (US) tempatan yang memohon bekerja dalam bidang kejuruteraan, perakaunan dan kewangan.
“Untuk makluman, kajian sebegini bukan baharu dibuat kerana beberapa kajian lain yang dibuat sejak 33 tahun lalu juga menghasilkan keputusan yang hampir sama.
“Lihat kajian pada tahun 1980 oleh pakar ekonomi, D. R. Snodgrass yang membuat kesimpulan syarikat yang diterajui kaum Cina kebiasaannya tidak akan menggajikan pekerja Melayu.
“Kajian seterusnya oleh oleh pakar ekonomi dari Norway yang banyak mengkaji mengenai Malaysia dan turut terbabit merangka Dasar Ekonomi Baru (DEB), Tan Sri Just Faaland (2003) turut mendapati pendapatan pekerja bumiputera adalah 32 peratus lebih rendah berbanding pekerja Cina. Ini disokong oleh kajian Chr. Michelsen Institute (CMI), Norway pada tahun 2005, bagi pihak Bank Dunia, mendapati bukan Cina dihalang daripada bekerja dalam sektor swasta dan sesiapa yang telah bekerja akan mengalami diskriminasi termasuk gaji yang rendah dan kemudahan kenaikan pangkat.
“Begitu juga kajian oleh pakar ekonomi Bank Dunia, Branko Milanovic pada tahun 2006, mempersoalkan kenapa pekerja Cina menerima gaji lebih tinggi antara 20 hingga 40 peratus walaupun mempunyai kelayakan dan menunjukkan prestasi sama dengan pekerja bumiputera.
“Pemimpin yang baik adalah dalam kalangan mereka yang banyak menelan daripada meludah. Pemimpin MCA sebegini tidak layak langsung menjadi pemimpin dengan ludahan sampahnya. Pemimpin inilah yang akan bertanding di kawasan orang Melayu dalam pilihan raya nanti untuk mendapat kemenangan setelah ditolak oleh majoriti Cina. Dasar tidak sedar dek untung,” tulisnya panjang lebar. - ismaweb

1 comment:

  1. darah melayu jatiAugust 9, 2016 at 8:35 PM

    TERBAIK .. tapi apakan DAYA .. KEBANYAKAN YANG BOLIH KEPUTUSAN Bangsa MELAYU TELAH D REMOTE CONTROL .. OLEH KAUM CINA YANG BERHARTA .. hu .. hu .. hu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com