innity

pages

Friday, August 26, 2016

Mahasiswa Malu Dunia tengok rakyat Malaysia "rileks", Tak Sedar Sedang DIROMPAK


Lelah dengan sikap masyarakat yang masih boleh bersenang lenang sedangkan seluruh dunia mengetahui bagaimana negara telah dirompak, anak muda mahasiswa nekad berhimpun Sabtu ini bagi mendesak tindakan tegas pihak berwajib.
Mereka menggesa supaya individu yang hanya disebut dalam dokumen saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika sebagai ‘Malaysian Official 1’ diberkas.
Pun begitu, jurucakap Gabungan Tangkap MO1, Anis Syafiqah berkata bahawa beliau bersedia membatalkan perhimpunan terbabit, dengan satu syarat;
“Perdana Menteri sendiri perlu menjawab, siapa dia Malaysian Official 1,” kata Anis, mahasiswa Universiti Malaya.
Namun katanya sejak membuat gesaan tersebut Isnin lalu, belum ada tindak balas rasmi daripada pejabat Datuk Seri Najib Razak, justeru mewajarkan perhimpunan aman mendesak tindakan kerajaan untuk memberkas ‘Malaysian Official 1’ Sabtu ini diteruskan.
“Kita akan berkumpul di dua checkpoint, Sogo dan Masjid Negara. Kita akan berarak ke Dataran Merdeka, dan bersurai pada jam lima petang.
“Objektif perhimpunan ini adalah untuk mendesak orang rasmi bagi menangkap ‘Penjenayah Rasmi’ Malaysian Official 1 ini,” ujar beliau kepada Roketkini.
Menurut graduan Darul Quran ini lagi, aksi Sabtu ini bertujuan membuka mata masyarakat serta mendidik mereka tentang apa yang sedang berlaku.
“Kita malulah satu dunia tengok masyarakat Malaysia ‘rileks’, tak sedar sedang dirompak,” tambahnya lagi.
Karakter ‘Malaysian Official 1’ disebut dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika dalam rangka menyita harta yang disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram di negara itu, melibatkan syarikat bermasalah milik negara, 1MDB.
Rentetan daripada itu, banyak pihak mendakwa bahawa individu tersebut adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri.
Beliau masih belum menafikan dakwaan terbabit

3 comments:

  1. Moga allah bersama gerakan tangkap MO1
    amin

    KERIS

    ReplyDelete
  2. KITA PON MALU JUGA KELIH MAHASEWEL YANG MAKAN BERSUAP NAK JADI AHLI POLITIK.BELAJAR DULU BIAR KHATAM BARU MASOK DALAM DUNIA POLITIK.KORANG INGAT POLITIK TU TAKAT BUAT DEMO DAN SIDANG MEDIA SAJA KAH?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau mana tau malu jing kat rumah takut bini kena ketuk hari hari..malu kunun..dah tua pon bodoh

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com