innity

pages

Friday, August 12, 2016

[MACAI PRESIDEN UMNO] Menteri Belia & Sukan, KJ Berlakon Jadi Pekerja Alam Flora pula


Hebat KJ. Serba boleh.

Hebat lagi pasukan PR beliau yang pandai mitigate crisis kepercayaan selepas KJ suruh pertahankan Presiden walaupun dipanggil macai.

Dengan lakonan ini KJ berjaya membuatkan anak muda lupa ucapan macai beliau. - 
Wan Ahmad Fayhsal

----------------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Status menteri bukan penghalang Khairy Jamaluddin Abu Bakar merasai tugas pengutip sampah yang semakin dipinggir anak muda tempatan.
Menteri belia dan sukan semalam lengkap mengenakan rompi kalis cahaya dan pakaian ala pekerja pembersihan Alam Flora untuk menjayakan sebuah filem pendek selama lima minit.
“Saya main watak Ahmad Khairy dengan menjadi pekerja Alam Flora untuk membawa mesej yang penting kepada para belia.
“Respek kepada abang-abang Alam Flora dan pengurusan sisa ini. Bila sudah pakai kasut mereka, barulah kita tahu kerja yang sangat penting ini,” coretnya di Facebook peribadinya semalam.
Foto-foto di media sosial menunjukkan Khairy bersama beberapa pekerja Alam Flora menjalankan tugas, termasuk berdepan dengan insiden menyayat hati.


Sekeping foto menunjukkan Khairy mengangkat tangan, seperti berdoa, meratapi seorang rakan sekerjanya yang terbaring di atas jalan di belakang lori sampah.
Namun babak sedih itu belum dipastikan dengan jelas. Pegawai beliau, ketika dihubungi ProjekMMO, meminta orang ramai menunggu video tersebut dikeluarkan nanti.
Penggambaran yang dilakukan di sini tengah hari semalam dibuat untuk persidangan antarabangsa Persatuan Wanita Asia Tenggara dan Pan Pasifik (PPSEAWA).
Persidangan tujuh hari itu, yang bermula 22 Ogos, membincangkan tajuk “Hormati Alam Sekitar Demi Masa Depan Aman dan Mapan”
Ibu Khairy, Rahmah Abdul Hamid mengetuai PPSEAWA Malaysia.

4 comments:

  1. Bijak LAKONAN .. Macai ..
    tiada roh .. alif .. ba .. ta ..
    hu hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi...tau ker makna alif..ba..ta...klu cakap jer org bukan islam pun boleh cakap...dasar jenerasi y bnysk cakap tapi otak tak bijak..

      Delete
  2. Memang kerja macai tukang cuci taik orang.

    ReplyDelete
  3. TMJ is way better than KJ...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com