innity

pages

Friday, August 5, 2016

[LUMPUH] UMNO Semporna GAGAL ADAKAN MESYUARAT kerana TIDAK CUKUP KORUM


Walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Datuk Ramlee Marahaban memberitahu UMNO Bahagian Semporna masih utuh dan berfungsi seperti biasa, mesyuarat bahagian tersebut gagal dilaksanakan ekoran tidak memenuhi syarat.
Menurut sumber, bahagian tersebut yang kini tidak mempunyai ketua bahagian, naib ketua bahagian, pengerusi tetap, ketua wanita dan ketua pemuda kerana keluar kesemuanya didkwa keluar daripada daripada UMNO bersama beberapa barisan ahli jawatankuasanya.
“Tidak tahu siapa yang hendak dipilih menjadi ketua kerana pemimpin yang ada hanyalah Timbalan Keua Bahagian Semporna iaitu Datuk Seri Nasir Tun Sakaran sedangkan ada juga dalam kalangan ahli yang mahukan Ramlee memimpin UMNO Bahagian Semporna.
“Begitu juga dengan ketua wanita dan pemudanya yang masih belum ada pengganti apalagi barisan ahli jawatankuasa yang difahamkan tinggal dua orang yang masih setia bersama UMNO. Akibatnya, mesyuarat tidak boleh diadakan kerana ramai yang berminat untuk mendapatkan jawatan yang telah dikosongkan itu,” katanya ketika dihubungi wartawan MalaysiaGazette.
Sebelum ini, jawatan Ketua Bahagian UMNO Semporna disandang oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, naib ketua oleh ADUN Sulabayan, Jaujan Sambakong, Pengerusi Tetap ialah Datu Eranza Datu Saribu, Ketua Wanita, Manismuka Dara dan Ketua Pemuda, Mohd Aziz Jamman.
Kesemua pemimpin itu dikatakan telah mengambil keputusan keluar parti bersama Mohd Shafie yang digantung tugas sebagai Naib Presiden UMNO kerana mengkritik Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak secara terbuka atas pentas parti pembangkang.
Kata sumber itu lagi, UMNO bahagian Semporna perlukan suntikan baharu daripada kepimpinan pusat bagi menyatukan semula ahli-ahlinya yang kini dilihat seperti hilang arah.
“Saya tak tahu nak salahkan siapa tetapi masalah pelantikan kepimpinan UMNO di bahagian ini mungkin perlukan campur tangan daripada UMNO pusat. Kekusutan yang berlaku di bahagian ini mesti dileraikan secepat mungkin sebelum keadaan menjadi lebih teruk lagi,” ujarnya.--MalaysiaGazette

6 comments:

  1. ITU MASAALAH KECIL 3 HARI BOLEH SELESAI

    ReplyDelete
  2. Ahli umno lain buka matala
    Buka fikiran la

    Orang lain masuk parti lain daaa

    Hancur dah bn umno

    Najib bela nasib diri sendiri
    Balaci dah tak bunyi


    Semakin banyak gerakan tangkap najib
    penjara najib

    Saman najib

    ReplyDelete
    Replies
    1. BAKPO,DEMO INGAT NEGARA NI TADOK UNDE2 KO,BULEH2 SUKO NOK IGAT TOK NAJIB,TUNJOK BUKTI SOHIH DULU GI MAHKAMAH.KALU TADOK BUKTI GAK TUNGGU LA PRU14.ADO OTOK TU PIKIR JANGE PIKIR PAKAI PALO LUTUT.

      Delete
  3. Betul ker berita ni..kita tgok dulu..nanti ada orang nangis nak masuk balik umno..hahaha..

    ReplyDelete
  4. Calling calling calling....calling...err errr MO1, you there???? A plane load of CASH could save the day, perhaps, maybe, don't know?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com