innity

pages

Thursday, August 11, 2016

[KU NAN PANIK, UMNO PENING] Parti baharu Dr Mahathir buat Umno PANIK


Umno kini “panik” dengan ancaman daripada parti baharu yang diasaskan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata peguam Haniff Khatri Abdulla.
Haniff yang juga peguam kepada Dr Mahathir berkata sebelum ini, pemimpin Umno seperti wakil rakyat Tan Sri Shahrir Samad dan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menolak idea penubuhan parti baharu oleh Dr Mahathir, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu.
Pemimpin Umno terbabit sebelum ini berkata parti baharu itu tidak akan menjejaskan apa-apa kerana ia tidak bersaing dengan Umno.
Bagaimanapun, Haniff berkata apabila Bersatu menghantar permohonannya untuk didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada Selasa lalu, Umno nampaknya risau.
“Ia mahu menuntut hak eksklusif terhadap perkataan ‘Bersatu’,” katanya menerusi Facebook hari ini, sebagai respons terhadap kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, hari ini.
Pada sidang media hari ini, Tengku Adnan menggesa RoS supaya tidak meluluskan akronim ‘Bersatu’ yang digunakan parti itu, mendakwa perkataan itu akan mengelirukan kerana ia biasa digunakan dan muncul dalam banyak slogan seperti Bersatu Bersetia Berkhidmat” dan “Bersatu Malaysia Maju”.
Haniff, yang juga peguam kepada Dr Mahathir berkata Umno fikir perkataan ‘Bersatu’ milik mereka.
“Kami percaya alasan lemah yang diberikan Tengku Adnan tidak akan dilayan RoS,” katanya.
Haniff berkata Umno kini bimbang sehingga terpaksa “merayu” RoS supaya tidak meluluskan nama itu.
Pada Selasa, Muhyiddin menyerahkan permohonan untuk mendaftarkan Bersatu di ibu pejabat RoS di Putrajaya.
Bekas timbalan presiden Umno itu yang digugurkan daripada Kabinet tahun lalu, berkata keahlian parti baharu itu dibuka kepada semua kaum Melayu, Orang Asli dan Bumiputera dari Sabah dan Sarawak.
Katanya, bukan Melayu turut dipelawa menyertainya sebagai ahli bersekutu tetapi tidak boleh bertanding dalam pemilihan. - FMT


9 comments:

  1. Tahniah BERSATU
    berjaya berintegriti adil progresif

    ReplyDelete
  2. Biar balaci najib terburai dan gila belake
    Kepanasan dahhhhhhh
    Gang bn umnor


    Mati kering la umno bn

    ReplyDelete
  3. Tun dilapurkan stabil. Alhamdulillah.
    Semoga Tun kembali sehat seperti sedia kala. Amin.

    ReplyDelete
  4. Umno yg ada sekarang adalah umno baru hasil buah tangan Tun m.
    Umno thn 46 itu sudah jd sejarah diharamkan oleh mahkamah.

    ReplyDelete
  5. Umno yg ada sekarang adalah umno baru hasil buah tangan Tun m.
    Umno thn 46 itu sudah jd sejarah diharamkan oleh mahkamah.

    ReplyDelete
  6. Dan juga Bersatu menyokong Lanun Bugis Nyut Nyut menyamun duit rakyat Berbillion2 USD!!

    Wahkahkahkah......

    ReplyDelete
  7. Kalau perkataan 'Bersatu' tak boleh digunakan, maka PBS (Parti Bersatu Sabah) terpaksa tukar nama.

    ReplyDelete
  8. So Ku Nan, PBS (Parti Bersatu Sabah) pun kena tukar nama lah ye?

    ReplyDelete
  9. Bersatu kita sokong parti 'Bersatu', yeh.....hidup bersatu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com