innity

pages

Saturday, August 20, 2016

[KONON BERSATU & PERKASA MAHU RISIK] PARTI MAYAT HIDUP, BERJASA Sombong atau Makan Dedak


Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) menolak keras hasrat Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk mengambil alih parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Pemangku Presidennya, Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut berkata, ia ditentang keras oleh majoriti ahli parti berkenaan di mana cadangan itu telah disuarakan oleh salah seorang pemimpin Perkasa.
Beliau turut memberitahu bahawa BERJASA tidak berminat untuk meneruskan sebarang bentuk perbincangan atau rundingan dengan PERKASA dan parti yang sedang menunggu pengesahan penubuhannya daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).
“Orang hendak rampas ‘rumah’ kita, mestilah kita tentang habis-habisan. Kami tidak berminat untuk meneruskan perbincangan dengan PERKASA dan Parti Pribumi.
“Saya menyeru mereka supaya berhenti ‘merisik’ BERJASA kerana tindakan mereka secara berterusan mahu memujuk ini sudah sampai peringkat merimaskan,” katanya pada sidang media sebentar tadi.
Mustapa Kamal berkata, alasan utama BERJASA menolak hasrat kedua-dua pihak itu kerana mereka mahu mengubah 90 peratus Perlembagaan parti selain mahu meletakkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden.
“Usaha mereka ini tidak demokratik dan tidak menghormati ahli BERJASA,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com