innity

pages

Saturday, August 27, 2016

(KO DAH PECAT SEMUA YANG BERANI, SEKARANG KO CABAR) NAajib: 'Kalau nak jatuhkan saya tandinglah dalam Umno’


CAMERON HIGHLANDS – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar mana-mana pihak dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Umno termasuk dirinya supaya bertanding dan mencabar beliau selaku presiden dalam pemilihan parti akan datang.
"Kalau hendak jatuhkan saya bertandinglah dalam Umno tapi jangan runtuhkan Umno," katanya ambil disahut tepukan gemuruh.
Najib berkata demikian semasa berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Cameron Highlands, di sini hari ini.
Malah, Najib secara sinis berkata jika beliau mempunyai hasrat menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno untuk tempoh 22 tahun lagi, Perlembagaan parti sebelum ini boleh dipakai.
"Kalau mengikut perlembagaan dahulu, siapa nak bertanding presiden dia mesti mendapat sokongan daripada 56 Bahagian Umno, ingat senang nak dapat, satu pun susah.
"Tetapi bila saya jadi Presiden Umno dan Perdana Menteri saya ambil langkah pinda Perlembagaan dan serahkan nasib saya kepada 160,000 perwakilan yang layak memilih," katanya.
Selain itu, Najib meminta rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang laporan berita oleh pihak asing termasuk Wall Street Journal (WSJ) kerana ia tidak akan membawa kebaikan.
"Apa yang penting adalah apa yang kerajaan beri kepada rakyat, bantu keluarga kita, ada pekerjaan atau sebaliknya, semua ini bukan WSJ yang tentu dan berikan.
"Usah ambil kisah sangat cerita daripada pihak luar, tetapi apa yang penting adalah kita mampu pertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Malaysia," katanya. - Bernama

11 comments:

  1. Usah ambil kisahlah, biar saya songlap djuit anda bertrilion
    pulak! Bini saya FLOM pun dah nak tukar beg BIRKIN dia. Ada
    banyak model baru dah keluar. Duit di US dah kena beku,
    jadi jangan kisah saya songlap lagi duit EPF,ASB, TH, TABUNG
    TENTERA, TABUNG PENCEN.

    ReplyDelete
  2. nak kata bodoh pon perdana menteri malaysia, engkau cabar pemakan dedak yang engkau tabur mengelupur ketua2 bahagian ni pelahap makan kenyang2, kalau engkau cakap apa pon diaorang ikut

    ReplyDelete
  3. nak buat pemilihan agung umno pon takut nak suruh orang lawan, bingai

    ReplyDelete
  4. Piraah!...cakap macam beranintapi hakikatnya tak ada telor. Kalau berani mengapa tak diadakan pemilhan Umno tahun ni dan biarkan TSMY , DSSA dan MM bertanding diatas gelanggang yg sama rata.

    ReplyDelete
  5. mmg meroyan protun ni semua ... yg mangkuk ayun keluar UMNO secara rela atau dibuang sebab langgar disiplin UMNO ... buat konspirasi bagai ... sekarang yg ada dlm UMNO jer ada peluang bertanding ... yg dom parti madey kutty tu bertanding dlm PRU14 je lah ya ... go fly kite !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga anda sentiasa berbahagia mempertahankan PM paling korup dan pondan negara ini.

      Delete
  6. Strategi politik yg pintar, sapa pun jd pm akan buat langkah spr najib. Tun m dulu pun lg teruk nak ada 56 bahagian yg calun,. Najib buat dan pinda perlembagaan parti seperti skrg ada menasabah dan adil. Dlm politik kena ada strategi bukan main ikut ckap org jer. Kem yg tak suka dan membangkang mmg pendapat dia begitu..org tak suka biasa lah. Mcm anjing salak bukit, suara serak bukit tak juga runtuh. Hehehe

    ReplyDelete
  7. MO1 syok sendiri.....

    ReplyDelete
  8. AZMIN ALI PECAT CIKGU BAD KORANG TAK MENYALAK PULA YER!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab Azmin tak curi duit rakyat berbilion-bilion ringgit macam Najib.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com